dengus | bunyi hembusan nafas yg kuat (spt bunyi hembusan nafas lembu, kerbau, dll): kantuknya masih menyerkap seluruh ang-gotanya, kuapnya spt ~ lembu jantan; berdengus, mendengus 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi hembusan nafas lembu (kerbau dll); 2. menghembuskan nafas dgn kuat (berbunyi); 3. melahirkan perasaan marah (meng-hina dsb) dgn dengus: apabila kecil menyembah-nyembah hendak meminta wang, apabila besar bapak sendiri dianggap sepi, Pak Sudin ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hembusan | 1. aliran angin (udara yg dihembuskan), tiupan: sekali-sekali desa itu dilalui oleh ~ angin sesat; 2. alat utk menghembus api, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hembusan | angin atau udara yg dihembuskan; tiupan (angin). | Kamus Pelajar |
tiup | 1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disampai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon menggembung-kan belon dengan nafas dll; 2. membunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulutnya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyembur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menjiprat mukaku; 4. = meniup-niup ki membangkitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah berusaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), mengenakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangannya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bura | semburan; hembusan (dgn kuat). membura 1 menyembur (ttg ular dsb). 2 menyembur keluar dr sesuatu (ttg api, air dsb): Api ~ dr mulutnya. 3 pecah berderai. memburakan menyemburkan (sesuatu): ~ ubat nyamuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pinggah | ark hembusan, ububan, puputan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hububan | Ar hembusan, puputan, tiupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bura | semburan; hembusan (dgn kuat). membura 1 menyembur (ttg ular dsb). 2 menyembur keluar dr sesuatu (ttg api, air dsb): Api ~ dr mulutnya. 3 pecah berderai. memburakan menyemburkan (sesuatu): ~ ubat nyamuk. | Kamus Pelajar |
hubub | , hububan Ar hembusan, puputan, tiupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debus | 1. bunyi hembusan angin, bunyi spt bunyi burung mengibaskan kepaknya (daun kayu ditiup angin dll); 2. tidak kena memangkah (dlm permainan gasing); 3. tidak mendapat atau menghasilkan sesuatu apa: beberapa kali si Kantan menebar jalanya, terkadang-kadang lekat dan terkadang-kadang ~; berdebus berbunyi spt bunyi angin berhembus (burung mengibaskan sayap, daun-daun kayu ditiup angin, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |