Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.mo.dia.li.sis] | هيمودياليسيس

Definisi : (hémodialisis) (Ubat) proses membersihkan darah pesakit buah pinggang dgn menggunakan mesin khas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemodialisis


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hemodialisis(hémodialisis) (Ubat) proses membersihkan darah pesakit buah pinggang dgn menggunakan mesin khas.Kamus Dewan Edisi Keempat
pusat hemodialisistempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah;Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci daraha) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis;Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pusat1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah­-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn pena­gihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah­-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpul­kan, menujukan, dll) ke suatu tempat (per­kara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas