Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rempuh; berempuh-rempuh berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. berempuh-rempuhan saling berebut hendak mendahului yg lain. merempuh 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. rempuhan 1 serbuan; desakan: menyelamatkan diri drpd ~ lembu. 2 langgaran: ~ maut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cita-cita1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raba; meraba 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rindu I1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang: Terlalu ~ baginda akan anakandanya. 2 = ~ dendam perasaan sangat cinta atau kasih kpd: ~nya terhadap gadis itu sudah lama terpendam dlm hatinya. merindu menjadi rindu; menanggung rindu. merindui berasa rindu akan: Dia ~ anak-anaknya di kampung. merindukan membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. kerinduan keinginan hendak berjumpa dgn orang yg dikasihi dll; rasa rindu. perindu 1 orang yg menanggung rindu. 2 sesuatu yg membangkitkan rasa rindu: buluh ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sombongtinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah: hanya orang yg ~ dan bong­kak sahaja yg suka berkata begitu; hendak ~ berbini banyak, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyondol1 menundukkan kepala hendak merempuh atau hendak menanduk. 2 memukul bola dgn kepala; menanduk bola.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berempuh-rempuhberebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
meraba1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gatal-gatalterlalu ingin hendak berbuat sesuatu: Tangannya ~ hendak menempeleng orang yg mencuri wangnya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sondol; menyondol 1 menundukkan kepala hendak merempuh atau hendak menanduk. 2 memukul bola dgn kepala; menanduk bola.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas