hentaman | 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat menghasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencetak hentaman(impact printer) | Peranti output data yang mencetak rupa bentuk aksara dengan meninggalkan kesan rupa huruf aksara pada kertas cetakan melalui proses hentaman. | Kamus Komputer |
pencetak tanpa hentaman(nonimpact printer) | Pencetak yang menggunakan elektrik, haba, teknologi laser, atau teknologi foto untuk mencetak kertas atau bahantara output tanpa menghentam rupa huruf pada kertas atau bahantara output tersebut. | Kamus Komputer |
rentak I | 1. hentaman kaki, hentak: ia menjawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan didendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (menghentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
labrakan | 1. pukulan, hentaman; 2. serangan (dgn senjata); 3. celaan, kecaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencetak matriks(matrix printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan matriks bintik untuk membentuk rupa huruf aksara pada kertas cetakan. | Kamus Komputer |
pencetak jalur(band printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan satu jalur bergelung yang memegang aksara sebagai kepala taip. Untuk mencetak, sebuah penukul akan memukul jalur yang berputar pantas pada kedudukan aksara yang dikehendaki. Pukulan ini akan menghentakkan jalur pada riben dan meninggalkan bekas aksara pada kertas sebagai hasil cetakan. | Kamus Komputer |
pencetak dwiarah(bidirectional printer) | Pencetak hentaman yang mencetak satu baris ketika kepala pencetak bergerak ke kanan dan kemudian mencetak bahagian baris yang selebihnya apabila kepala pencetak bergerak ke kiri untuk undur ke tempat permulaan. | Kamus Komputer |
pencetak bebola(ball printer) | Pencetak hentaman yang mempunyai rupa huruf pada permukaan unsur cetakan yang berbentuk bebola. Bebola cetakan ini boleh ditukar ganti untuk menukar rupa huruf cetakan yang berlainan. | Kamus Komputer |
pencetak bar(bar printer) | Pencetak hentaman yang menggunakan beberapa bar cetak untuk membuat cetakan. | Kamus Komputer |