herdikan | perbuatan mengherdik: ~ guru itu sangat menakutkan murid-muridnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengkingan | kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengking herdik | bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentakan | suara atau kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi seseorang), herdikan, tengkingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bentak | herdik, tengking: “Mana boleh!” ~nya;membentak mengherdik, menengking: wanita itu ~ kpd kuli yg mengangkut barangnya;bentakan suara atau kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi seseorang), herdikan, tengkingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herdik | kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi dll), tengking; mengherdik mengeluarkan kata-kata yg keras dan kasar, menengking, menghamun: anak itu menyembunyikan diri kerana takut diherdik ayahnya; herdikan perbuatan mengherdik: ~ guru itu sangat menakutkan murid-muridnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengking | 1. bunyi yg nyaring dan keras (spt bunyi ringkik kuda dll); 2. suara yg tinggi dan keras (suara orang marah, membentak, dll), bentak: abang Anuar selalu kena ~, marah dan hamun kalau dia tidak dapat menjawab soalan ayah; ~ herdik bermacam-macam bentak dan hamun, berbagai-bagai herdikan; bertengking 1. berkata dgn suara yg tinggi dan keras (membentak-bentak, mengherdik, dll); 2. bertengkar, berbantah; menengking 1. berkata-kata dgn suara yg keras; 2. memarahi dgn suara yg keras, membentak, mengherdik: janganlah ditengking herdik dia kerana kesalahan yg kecil; tengking-menengking saling menengking; tengkingan kata-kata yg kasar dan keras, bentakan, herdikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |