hidayah | Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk: akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidayat | , hidayah Ar pimpinan (bimbingan) drpd Tuhan, petunjuk: akhirnya beliau mendapat ~ dan taufik lalu memeluk agama Islam; menghidayatkan memberikan hidayat kpd (bkn Tuhan): Allah telah ~nya sehingga dia menjadi seorang yg beramal dan soleh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
al-Hadi | Ar Yang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya (satu drpd 99 nama Allah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebungkaman | keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munajat | zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, keampunan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah. bermunajat melakukan munajat; berzikir dan berdoa: Setiap hari dia ~ semoga diredai Allah akan segala yg dilakukannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
munajat | Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah antara diri yg berdoa dgn yg didoakan; bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa (berzikir dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zulmat | Ar 1. gelap (kerana ribut), kegelapan; 2. keadaan sesat tanpa hidayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuri | 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bungkam | tidak bersuara (bercakap dll), diam: ketika datang guru, murid-murid semua ~; akhbar-akhbar ~ tentang perkara itu; membungkam menjadikan tidak bersuara, menutup mulut: peraturan itu diadakan utk ~ akhbar-akhbar; bagaimanakah anda ~ kritikannya? kebungkaman keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya; pembungkaman perihal atau perbuatan membungkam; pembungkam alat utk membungkam (azimat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cucur I | aliran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, memancarkan, memancurkan; ~ air mata menangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pancuran; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |