Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hidupan, hidup-hidupan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikro­organisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidup1. terus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang, dll), tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati: kedua-dua ibu bapanya masih ~; tiap-tiap orang mengetahui bahawa udara mustahak utk ~; pokok-pokok bunga yg ditanam oleh ibu saya semuanya ~; seumur ~ sepanjang masa seseorang itu hidup; 2. duduk (tinggal di, berkediaman di): saya tidak menghendaki istana, vila, atau rumah besar utk tempat ~; 3. berada dlm keadaan tertentu: ~ bahagia (mewah dll); 4. = ~ dr = ~ dgn mendapat rezeki dgn (cara-cara tertentu): kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah; 5. sr kata utk menyatakan harapan agar berjaya (kekal, selamat, dll): mereka menyeru, ~!, ~! 6. tidak dilupakan atau tidak hilang (nama orang dll): nama orang-orang yg berkhidmat utk nusa dan bangsa tetap ~; 7. masih bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dll); 8. masih bekerja atau giat (bkn enjin, jam, dll): syarikat kerjasama itu masih ~ lagi; jam aku sebentar ~ sebentar mati; di Indonesia masih terdapat beberapa buah gunung berapi yg ~; 9. masih menyala (api dll); 10. masih dipakai (jalan, sungai, bahasa, dll): bahasa yg ~; 11. masih segar atau baru (sayur-mayur, ikan, dll); 12. bergerak cergas (perniagaan, kegiatan, dsb): dgn tamatnya konfrontasi perniagaan Indonesia-Malaysia ~ kembali; 13. spt keadaan yg sebenarnya atau dilihat (lukisan, cerita, dll); 14. bukan yg dikeringkan, diasinkan, dijeruk dsb (bkn cili, halia, kunyit, ikan, dsb): kunyit ~; ikan ~; 15. bukan yg telah dikeringkan atau direka oleh manusia drpd plastik, kertas, dsb: bunga ~; 16. (bkn wayar dsb) ada aliran arus elektrik: wayar ~; ~ dikandung adat, mati dikandung tanah prb waktu hidup hendaklah mengikut per­aturan dan kebiasaan yg berlaku, setelah mati terserahlah kpd Tuhan; ~ di hujung gurun orang prb orang yg hidup melarat; ~ dua muara prb hidup dgn dua macam pencarian; ~ kayu berbuah, ~ manusia biar berjasa prb pd ketika hidup eloklah berbuat baik utk diri sendiri dan utk masyarakat; ~ sandar-me­nyandar umpama aur dgn tebing prb a) suami isteri yg berkasih-kasihan; b) sahabat yg setia dan bertolong-tolongan; ~ segan mati tak mau prb orang yg hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit); ~ tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah prb berusahalah dgn tenaga dan fikiran sendiri dan jangan meng­harapkan sangat pertolongan orang lain; drpd ~ bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah prb drpd hidup menanggung malu, lebih baik mati; jauh berjalan banyak dilihat, lama ~ banyak dirasa prb sudah banyak pengalaman; kalau bangkai galikan kuburnya, kalau ~ sediakan buaiannya prb tunggu dahulu dgn tenang apa yg akan terjadi, kemudian barulah dibuat pertimbangan; sehidup hidup bersama; ~ semati setia ter­hadap satu sama lain; hidup-hidup 1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar, terang-terang: aku sudah kena tipu ~; menghidupi 1. membiarkan hidup (tidak di­bunuh): kedua-dua anaknya itu pun ber­lutut di hadapan ayahnya bermohon supaya budak itu dihidupinya; 2. menjaga atau memelihara supaya hidup (spt diberi makan dll): maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak ~ Tun Ali Hati, tiada juga Tun Ali Hati itu mahu hidup; menghidupkan 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; memperhidup menjadikan lebih hidup (giat, bersemangat, dll): rakyat harus ~ semangat bekerjasama antara kaum; hidupan, hidup-hidupan 1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikro­organisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik; kehidupan perihal hidup: sejak kampung itu diganggu oleh komunis ~ penduduknya semakin sempit; penghidupan cara (menguruskan, menye­leng­garakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menu­kar dan merosakkan ~nya; Badaruddin ak­rab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; penghidup alat atau bahan utk menghidup­kan sesuatu (enjin, api dsb): pelita ini meng­gunakan minyak zaitun sbg ~ nyalanya; ~ enjin elektronik.Kamus Dewan Edisi Keempat
hidup-hidupan1. sesuatu yg hidup (binatang, tumbuhan, dll): kuman ialah sj ~ seni yg sangat-sangat halus; ~ seni mikro­organisma; 2. = binatang ~ binatang ternakan (yg dipelihara): maka adalah drpd hidup-hidupan mereka itu drpd kerbau dan kambing dan sedikit-sedikit lembu dan ayam itik;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidup-hidup1. benar-benar hidup; 2. = hidup-hidupan (dlm keadaan) masih hidup: pengganas itu telah cuba membakar seorang majistret dan seorang pegawai polis ~; 3. ki benar-benar, terang-terang: aku sudah kena tipu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
hidup1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kejadian1 perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2 keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan: ~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3 sudah berlaku; terjadi: Perkara rasuah ~ di mana-mana.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelagik(pélagik) 1. dijalankan di laut terbuka (bkn penangkapan ikan, paus dsb); 2. terdapat atau hidup berhampiran dgn bahagian per­mukaan laut terbuka (bkn hidup-hidupan laut): plankton merupakan organisma ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejadian1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal ter­jadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejadian1. perkara yg berlaku; peristiwa: ~ itu sangat mengerikan. 2. keadaan menjadi; perihal jadi atau dijadikan:~ manusia; ilmu ~ pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan atau hidup-hidupan. 3. sudah berlaku; terjadi:Perkara rasuah ~ di mana-mana.Kamus Pelajar
hidupan1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas