Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hikmah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan kebijaksanaan: kebijakan, kebestarian, kecerdikan, kepandaian,

2. Bersinonim dengan rahmat: faedah, kebaikan, manfaat, fadilat, keuntungan.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hikmah1 kebijaksanaan drpd Allah; kecerdikan: Kegiatan dakwah Islam hendaklah dijalankan dgn penuh ~.2 kelebihan atau tujuan sebenar di balik sesuatu perkara, kejadian dsb; hikmat: Rupa-rupanya ada ~ di balik kemalangan yg berlaku itu. berhikmah mempunyai hikmah; bijaksana: Cara yg ~ dilaksanakan dlm menangani masalah remaja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer­dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak­sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam­kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang.Kamus Dewan Edisi Keempat
hikmat1 kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir. 2 erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar; hikmah: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rahmatAr 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; di­pohon­kan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup pada­nya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, meng­anugerahi, mengurniai.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas