hikmat pelalau | mantera utk menghalang atau utk menyekat perkahwinan (supaya tidak dipinang orang dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hikmat pelalau | sl jampi (serapah) utk menyekat perkahwinan atau utk memenangi hati gadis kepunyaan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikmat pelalai | jampi utk melalaikan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikmat perang | kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemala | batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hikmat | 1 kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir. 2 erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar; hikmah: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hikmat | 1. kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir. 2. erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~. | Kamus Pelajar |
hikmat | 1. kepandaian, bijaksana: banyak sungguh kepandaian dan ~ orang putih ini; 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian: mereka mencari ~ pula utk menawan hati tunangannya; ahli ~ = juru~ orang yg pandai ilmu ghaib; ~ perang kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu: tiap-tiap kewajiban yg ditetapkan oleh Allah dlm Islam itu mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia; berhikmat mempunyai hikmat, bertuah: keris Hang Tuah yg bernama Tamingsari itu dipercayai ~; menghikmat, menghikmatkan mengenakan hikmat (mantera, sihir, dll) kpd: Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata hikmat (pujangga) | kata-kata drpd orang bijak pandai yg mempunyai pengertian yg tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gemala hikmat | batu yg sakti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |