mabuk | 1. berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras dsb: Tiap-tiap hari dia pulang ke rumah dlm keadaan ~. 2 ki terlalu sangat asyik atau gemar akan sesuatu: Maka ~lah ia melihat permainan ayahnya. ~ agak-agak (kira-kira) leka dgn berangan-angan saja. ~ asmara (cendawan, cinta) hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. ~ darah a. berasa pening kerana melihat darah. b. pengsan kerana banyak keluar darah. ~ laut (ombak) berasa pening dan muntah-muntah dlm pelayaran. ~ udara berasa pening atau muntah-muntah ketika dlm penerbangan. memabukkan menyebabkan menjadi mabuk. pemabuk orang yg selalu mabuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hilang ingatan | pengsan, tidak sedarkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang ingatan | = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
linglung | hilang ingatan, bingung: ia memalingkan mukanya ke kanan dan ke kiri dgn perasaan ~ dan bingung, seakan-akan ada bayangan yg sedang mendekatinya; melinglungkan menjadikan linglung, membingungkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mabuk asmara (cendawan, cinta) | hilang ingatan atau spt gila kerana jatuh cinta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemamar | Kl seolah-olah hilang ingatan atau pemandangannya, seakan-akan kurang siuman, mamai: dia itu telah ~, lain yg dipinta lain yg diberikannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang ingatan | a. hilang akal. b. tidak sedar akan diri; pengsan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mabuk kepayang | a) mabuk kerana makan kepayang; b) ki hilang ingatan atau lupa akan dirinya (kerana jatuh cinta dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muno | Mn menjadi diam (bingung) dan termenung-menung (kerana perbuatan orang), hilang ingatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesemanan | 1. tidak jadi (tapai, apam, dll), gagal; 2. hilang (ingatan): berubah fikiran ingatan ~; 3. tidak sempurna (anak dlm kandungan dll), rosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |