milir | ke hilir; hilir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
olak III | Mn 1. hilir; ke ~ ke hilir; sebelah ~ sebelah hilir (bawah); 2. kembali, ulang; membayar ~ membayar kembali; berolak tidak kuat lagi, sudah agak lemah (badan dll), tidak mujarab lagi (ubat dll); mengolak 1. terpelanting kembali (kerana tidak lut dll); 2. enggan atau tidak hendak lagi (makan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghilir | belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghilir | berlayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. | Kamus Pelajar |
menghilirkan | 1. membiarkan (menghanyutkan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilir | bahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir belayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir. Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hilir | 1. bahagian sungai yg di sebelah bawah (lwn hulu atau udik): ambillah air di sebelah ~; ayah dan ibu Ah Seng yg tinggal di sebelah ~ baris kedai itu bertanam sayur dan padi; orang ~ orang yg tinggal di daerah sungai di sebelah bawah; 2. = ke hilir, menghilir (mengikut aliran sungai): maka Seri Bija Diraja pun ~lah membawa maharaja Dewa Sura kpd Bendahara Paduka Raja; ~ malam mudik tak singgah daun nipah dikatakan daun labu prb jika malas berusaha tentulah akan mendapat susah: sudah terlalu ~ malam, apa hendak dikatakan lagi prb a) orang yg mengaku kesalahannya sendiri kerana mungkir dlm janjinya; b) sesuatu kesalahan yg tidak dapat diperbetulkan lagi; tidak mengetahui hulu ~nya prb tidak tahu hujung pangkalnya sesuatu perkara dll; berhiliran sentiasa (selalu) mengalir, mengalir ke sana ke mari; menghilir belayar (berdayung, berhanyut) ke hilir: motobot ~ terus; berjalan ~ mudik berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~ mudiknya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); bagai si jimban hendak ~ prb orang lemah lagi lembap mengerjakan sesuatu; spt penjaja, berpaling hendak ~ prb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebat dan tampan lakunya; menghiliri mengikuti sungai dll menghala ke hilir, berjalan (berkayuh dll) ke hilir; menghilirkan 1. membiarkan (menghanyutkan) menuju ke hilir, membiarkan menghilir, membawa sesuatu menghilir: maka Yang Dipertuan Muda pun menyuruh hilirkan penjajapnya yg telah sedia di dlm sungai itu; 2. ki membawa (sesuatu perkara, hal, dll) ke arah tertentu; hiliran berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berkembang drpd kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): pembuatan kereta ini telah mewujudkan industri ~ spt servis, penjualan kereta dsb; pembangunan KLIA dijangka meningkatkan pembangunan infrastruktur sokongan dan menggalakkan pertumbuhan ~ baru di luar kawasan Lembah Klang; peringkat ~; produk ~; berkehiliran berketentuan; penghiliran perbuatan menghilir: sepanjang ~ di Sungai Lepeh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilir | bahagian sungai yg di sebelah bawah; lw hulu: Mereka tinggal di ~ sungai itu. ~ mudik ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. menghilir berlayar (berjalan dll) ke hilir sungai; menuju ke hilir.Dia pun naik perahu lalu ~ sungai itu. | Kamus Pelajar |
hilir mudik | ke sana ke mari; pergi balik; mundar-mandir: Dia berjalan ~ mudik sambil berfikir utk menyelesaikan masalah itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hilir sungai | bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |