hiris | potongan (daging dll) yg tipis-tipis; penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong tipis-tipis: se~ daging. menghiris 1 memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2 = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupakan peristiwa yg ~ hatinya itu. menghiriskan 1 menggunakan sesuatu sbg alat utk menghiris: Ia ~ mata pedang pd pelepah pisang itu. 2 menghiris utk orang lain: Saya ~ dia bawang. terhiris 1 terpotong atau terkerat sedikit. 2 ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. hirisan sesuatu yg telah dihiris: Dia memasukkan ~ daging itu ke dlm periuk. penghiris 1 orang yg menghiris. 2 alat yg digunakan utk menghiris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hiris | potongan (daging dll) yg tipis-tipis; penjodoh bilangan utk benda-benda yg dipotong tipis-tipis:se~ daging. menghiris 1. memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2. = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupakan peristiwa yg ~ hatinya itu. menghiriskan 1. menggunakan sesuatu sbg alat utk menghiris: Ia ~ mata pedang pd pelepah pisang itu. 2. menghiris utk orang lain: Saya ~ dia bawang. terhiris 1. terpotong atau terkerat sedikit. 2. ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. hirisan sesuatu yg telah dihiris: Dia memasukkan ~ daging itu ke dlm periuk. penghiris orang yg menghiris; alat yg digunakan utk menghiris. | Kamus Pelajar |
dedes | (dédés) I 1. potong (kerat, hiris) tipis-tipis (bkn daging dll); 2. Kl habis, kikis, licin; mendedes 1. memotong (mengerat, menghiris) tipis-tipis; 2. Kl menghabiskan (mengikis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiris | (se)potong nipis; se~ daging; menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati; menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau; terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu; hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil menghiris: ~ bawang itu ditumis; penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iris I | hiris. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
juran | Kl hiris; se~ sehiris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iris I | hiris | Kamus Pelajar |
meracik | memotong atau menghiris kecil-kecil atau tipis-tipis: Ibu sedang ~ timun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menampang | mengerat, memotong, menghiris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potong | 1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (lakilaki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpenggal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, perjalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (melintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (mengerat, menggunting, memenggal dsb), pengeratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |