pendewasaan | 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hormon | bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hormon | ist 1 beberapa jenis rembesan dlm tubuh yg mempengaruhi kegiatan organ-organ lain. 2 bahan yg dibuat drpd hormon 1. 3 sebatian organik dlm tumbuh-tumbuhan yg mempengaruhi proses-proses dlm tumbuh-tumbuhan tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hormon | ist 1. beberapa jenis rembesan dlm tubuh yg mempengaruhi kegiatan organ-organ lain. 2. bahan yg dibuat drpd hormon 1. 3. sebatian organik dlm tumbuh-tumbuhan yg mempengaruhi proses-proses dlm tumbuh-tumbuhan tsb. | Kamus Pelajar |
endokrin | /éndokrin/ ist bkn dgn pengeluaran hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa. kelenjar ~ ist kelenjar yg mengeluarkan hormon terus ke dlm aliran darah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
endokrin | (éndokrin) (Bio) bkn perembesan hormon oleh sesuatu organ atau struktur secara terus ke dlm darah atau limfa; kelenjar ~ kelenjar (spt kelenjar adrenalina, kelenjar tiroid, dll) yg merembeskan hormon terus ke dlm aliran darah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keraksasaan | (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewasa | (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan pengetahuannya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (manusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. menjadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pandangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses mendewasakan (membesarkan dsb), pembesaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pengalaman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti kepelbagaian tema yg diterokai dan kepelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiroksina | ist hormon yg dihasilkan oleh kelenjar tiroid, mengandungi iodin, dan berfungsi mengawal kadar penggunaan oksigen dan kadar metabolisme tubuh, dan dgn itu dpt mengawal tumbesaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelenjar | sel atau organ dlm tubuh yg mengeluarkan sesuatu bahan kimia atau zat. ~ adrenal kelenjar yg terdapat di bahagian atas buah pinggang, terdiri drpd bahagian yg membentuk lapisan dalam, dan berfungsi merembeskan hormon androgen, adrenalina dsb. ~ peluh kelenjar yg mengeluarkan peluh. ~ tiroid kelenjar yg merembeskan sj hormon yg mengawal metabolisme dan pembesaran tubuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |