Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
fikrahAr daya berfikir, pemikiran: hubungan ~nya dgn realiti sejarah sosial dan politik.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertalian1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rapuh1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~; daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh, tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~ lekas mati; ~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat) lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat me­nyim­pan rahsia, suka sangat bercakap; merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh; kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll); perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati dll): peguam muda yg ~ hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkaian1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu meng­anggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tu­gas penuh dlm ~nya masing-masing; 5. (Mat) kumpulan atau untai­an lambang atau angka yg menyatakan suatu jum­­lah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilang­an benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harap­an; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg ber­hubungan antara satu sama lain: satu ~ ke­dai; satu ~ pemasaran yg dapat menye­laraskan keluaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaitan1 sesuatu yg dikait atau disirat; hasil drpd mengait. 2 sesuatu yg bersangkutan; hubungan: Perkara itu ada ~nya dgn perkara yg kita bincangkan ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sangkut; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seranta; pegawai ~ pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotai-nya dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt iklan dll) kpd orang ramai; menyerantakan memberitahukan kpd kha­layak ramai, memaklumkan, meng­umumkan: maka bentara pun menyuruh orang ~ mak-lumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kpd segala daerah Acheh; serantaan yg berkaitan dgn hubungan antara organisasi (institusi dsb) dgn orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
damping I1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatan­nya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apa­bila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk ber­ada dekat dgn atau di sisi (seseorang), meng­hampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (meng­asingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (men­du­duk­kan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (per­­hubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan na­sihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk mem­berikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hubung kaithubungan dan perkaitan, pertali­an: negara kita sentiasa dinilai dr sudut keselamatan dan ~nya dgn cara hidup atau penghidupan kita; menghubungkaitkan mengadakan (per)­hu­bungan dan perkaitan, mengadakan per­talian (antara dua unsur, kegiatan, perkara, dll), memperkaitkan, mempertalikan: kedua-dua­nya, hal-hal yg berkaitan dgn masyara­kat umum, dan kegiatan kokurikulum di kampus, sering dihubungkaitkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hubungan1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456789

Kembali ke atas