Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menghujananginkan mem­biar­­kan kena hujan dan angin, tidak mem­pedulikan hujan dan angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengarak1. orang dll yg mengarak; 2. orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu, pembuka jalan; angin ~ hujan angin yg mendahului hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan angin; menghujananginkan mem­biar­­kan kena hujan dan angin, tidak mem­pedulikan hujan dan angin.Kamus Dewan Edisi Keempat
ribut I1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak ter­kawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin ken­cang di padang pasir yg menyebabkan ke­pulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu per­kara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
arak II; berarak 1 berjalan beramai-ramai dan beriring-iringan: Selepas mendengar ucapan drpd beberapa orang pensyarah, mereka ~ ke Masjid Negara. 2 bergerak beriring-iringan: Awan ~ ke arah utara. mengarak beramai-ramai mengiringi (membawa berjalan dsb): Lebih kurang pukul lapan malam, kami turut ~ pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. perarakan perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. pengarak 1 orang atau sesuatu yg mengarak. 2 orang atau sesuatu yg mendahului seseorang atau sesuatu. angin ~ hujan angin yg mendahului hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
angin pengarak hujanangin yg mendahului hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ribut I, = angin ~ angin yg bertiup dgn kencang; badai: Hujan turun dgn lebatnya disertai ~ yg kencang. ~ taufan ribut yg sangat kencang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tukus I; angin ~ angin yg mula-mula selepas musim hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghujananginkanmem­biar­­kan kena hujan dan angin, tidak mem­pedulikan hujan dan angin.Kamus Dewan Edisi Keempat
reda1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; per­bincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengu­rang­­­­kan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, ke­aman­an, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan sua­sana, ~ suara.Kamus Dewan Edisi Keempat
derau Ibunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll); berderau, berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan ber­derau-derau bunyi riaknya; 2. ki ter­sentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. ter­cetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ke­tawa), ber­derai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; derauan 1. bunyi yg berderau (menderau): di luar hujan turun mencurah-curah ~nya berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. cetusan (ketawa) yg berpanjangan, deraian.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas