administratif | IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau dikenakan sesuatu hukuman lain). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kitab undang-undang hukum pidana | buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksa | (séksa) 1. kesengsaraan (kesusahan, ke-sakitan, dll) yg dideritai sbg hukuman, hukuman yg menyakitkan (menyusahkan dll), aniaya, azab: azab ~ Tuhan akan menimpa orang yg tidak jujur; 2. pedih, sakit, sengsara, susah: hidup pun ~ benar; menyeksa 1. memberi atau menghukum seseorang supaya sengsara (sakit, susah, dll), menganiaya: lain yg salah lain yg diseksa; 2. menyakitkan, menyusahkan: ~ diri sendiri; menyeksai menyeksa berkali-kali; terseksa (telah) mengalami seksa (kesengsaraan, kesakitan dsb), (telah diseksa): jiwa mana yg tidak ~; lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup ~ di bawah cengkaman musuh; seksaan 1. aniaya, penganiayaan: mereka menjadikan perkahwinan bukan sbg syurga dunia melainkan sbg neraka ~; 2. kesakitan, kesusahan: keluhannya keluar bagaikan satu ~ yg tidak tertanggung lagi; penyeksaan perihal menyeksa, penganiayaan: sekarang dia berasa lapang kerana ter-lepas drpd ~ jiwa yg dihadapinya; penyeksa 1. orang yg menyeksa; 2. sesuatu yg menyeksa (peperangan, kebuluran, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seksa /séksa/ | 1 kesakitan yg diderita atau yg ditanggung sbg hukuman; hukuman yg menyakitkan: Azab ~ Tuhan akan menimpa orang-orang yg tidak jujur. | Kamus Pelajar |
kerakal | batu kerikil yg agak besar-besar, batu yg digunakan utk melapisi jalan dll; hukuman ~ hukuman kerja berat (orang yg dihukum disuruh memecahkan batu, membuat jalan, dll); mengerakali melapisi jalan dll dgn kerakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sula | 1. = penyula, sulaan sj pancang yg runcing lagi tajam hujungnya (utk mengopek kelapa, menghukum orang, dll); 2. = hukum ~ = hukuman ~ hukuman bunuh dgn menikam dr dubur hingga ke perut dgn sula: kedua-dua orang yg melakukan durjana itu kemudian dihukum ~; ~ laut sakit perut dgn cirit-birit; menyula 1. mengopek buah kelapa dgn sula: ~ kelapa; 2. = menyulakan menikam drpd dubur hingga ke perut dgn sula, membunuh dgn sula: beberapa orang ketua mereka disula tetapi yg lain diampunkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjara | 1. tempat atau bangunan penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan; ~ besi Kl (dlm) jagaan yg kuat, (di bawah) pemerintahan kuku besi; hukuman ~ sepanjang hayat hukuman penjara yg tempoh hukumannya berjalan sehingga pesalah itu mati; hukuman ~ seumur hidup hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); 2. situasi apabila seseorang berasa terperangkap: pengarang itu tidak akan terlepas drpd ~ pengalamannya; memenjarai ki mengongkong, membelenggu: suara-suara protes itu bagai mengepung dan ~nya; memenjarakan mengurung penjenayah dll dlm penjara: Pangeran Agung pun dipenjarakan di dlm sebuah kota kecil; terpenjara dikurung (terkurung) dlm penjara atau seolah-olah spt dalam penjara: ramai di kalangan wanita setelah mendirikan rumahtangga merasakan diri mereka ~ biarpun pd mulanya merupakan orang yg paling bahagia; ada segolongan orang yg ~ dlm khurafat; pemenjaraan perihal (perbuatan) memenjarakan, perihal (keadaan) terpenjara: satu lagi bentuk hukuman ialah ~; kepenjaraan perihal penjara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukuman penjara seumur hidup | hukuman penjara yg tempoh hukuman maksimumnya berjalan selama 20 tahun (tetapi kebiasaannya seseorang pesalah itu hanya menjalani hukuman selama 13 tahun 4 bulan kerana sepertiga daripadanya diberi pengampunan jika patuh kpd peraturan penjara dan berkelakuan baik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pidana | Id kejahatan, kesalahan jenayah; hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatan-perbuatan jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan (perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg jenayah; kitab undang-undang hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buang | ; ~ air besar bh berak; ~ air kecil bh kencing; ~ angin keluarnya angin biasanya berbau busuk dr perut melalui dubur, kentut; ~ kerja hukuman memberhentikan atau memecat seseorang drpd kerja atau jawatannya; ~ negeri (daerah) hukuman yg dikenakan ke atas seseorang dgn memaksanya keluar dr sesebuah negara (daerah) bagi tempoh tertentu atau selama-lamanya; hukuman ~ hukuman pengasingan (ke tempat yg jauh dan terasing); membuang 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; membuangkan membuang utk orang lain; terbuang 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; terbuang-buang tersia-sia;buangan 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll);2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); pembuangan 1. perihal membuang(kan); 2. tempat membuang (sampah dll); 3. tempat hukuman (orang yg dihukum buang);pembuang orang yg membuang sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |