mencurigai | menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sungai | tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecilkecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udik | 1. kawasan (daerah) hulu sungai, bahagian hulu sungai; 2. kampung, desa, dusun, lwn kota: kampung kami di ~ sekali, jauh dr kota; 3. ki tidak tahu adat, tidak sopan santun, tolol; orang ~ a) orang dr hulu (kampung, dusun); b) orang yg tidak tahu adat, orang bodoh; keudikan ki perihal udik, kebodohan, kedusun-an, kekampungan: puterinya cepat mengerti ~ pandangan sang bapak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedalaman | daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daerah pedalaman | daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulu hilir | a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelogok II | Mn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburu-buru; salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudik | 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulu sungai | bahagian atas sungai, udik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |