gapai | ; bergapaian berhulur-hulur tangan (utk mencapai atau memegang sesuatu); menggapai menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu: tidak ada jalan lain bagiku melainkan ~ tempat bergantung pd benda-benda yg terapung;menggapai-gapaikan menghulurkan tangan mencari-cari tempat pegangan: ia ~ tangannya tetapi perahu itu sudah terlampau jauh dr tempatnya;tergapai-gapai terhulur-hulur tangan (hendak mencapai sesuatu): Bidin ~ dlm laut yg sedang berkecamuk itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur I | ; menghulur 1. membiarkan sesuatu (spt tali dll) lepas menjadi panjang, mengumbai: ~ tali kail; ~ tali layang-layang; 2. menjadi panjang, memanjang, mulur: plastik kalau ditarik boleh ~; 3. keluar memanjang, mengunjur: sebelah tangannya ~ keluar; 4. memanjangkan (umur, perbincangan, dll), mengundurkan masa, menunda-nunda: penukaran jantung dapat ~ umur orang yg menderita penyakit jantung; ~ perdebatan; 5. memberi sesuatu kpd seseorang dgn memanjangkan tangan sedikit, mengunjukkan: sambil ~ minuman dan buah-buahan ia merenungi muka suaminya; menghulur-hulur 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri); menghuluri memberikan (menyampaikan) sesuatu kpd: maka oleh Kapitan Mor disuruhnya huluri cindai Tun Amat Ali dibawanya naik ke atas kapal; menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun dikosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia memanjangkan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpanjang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengunjukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghantar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) menganjurkan tangan (utk bersalaman dll); b) memberikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali; huluran sesuatu yg dihulurkan, bantuan, pemberian, pertolongan; penghuluran perihal atau perbuatan menghulur(kan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur | ; menghulur 1 keluar memanjang; menjulur: Sebelah tangannya ~ keluar. 2 menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah): Getah ~ kalau ditarik. menghulurkan 1 melepaskan sesuatu (spt tali) agar menjadi panjang: ~ tali layang-layang. 2 memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: Dia ~ segelas air kpd suaminya. 3 mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan. ~ tangan a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. huluran sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. penghuluran perbuatan (hal dsb) menghulur atau menghulurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hulur III | sl orang yg menjadi hamba (kerana bersalah membuat kejahatan spt membunuh atau mencuri dll dan tidak dapat mengganti kerugian orang): orang yg membunuh itu masuk ~ kpd bapa orang yg dibunuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur II | ; rotan ~ sj rotan yg kuat, Calamus ulur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hulur | menghulur 1. keluar memanjang; menjulur: <i>Sebelah tangannya ~ keluar.i> 2. menjadi panjang; memanjang atau memberi (bkn benda spt getah dsb): <i>Getah ~ kalau ditarik.i> menghulurkan 1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang:<i>~ tali layang-layang.i> 2. memberikan sesuatu dgn menganjurkan tangan; mengunjukkan: <i>Dia ~ segelas air kpd suaminya.i> 3. mengeluarkan sesuatu memanjang; menjulurkan: <i>Kucing itu ~ lidahnya utk menjilat makanan.i> <i>~ tangani> a. menganjurkan tangan utk berjabat tangan dll. b. memberikan bantuan. huluran sesuatu yg dihulurkan; bantuan; pertolongan. penghuluran perbuatan (hal dsb) menghulur atau menghulurkan. | Kamus Pelajar |
rotan hulur | sj rotan yg kuat, Calamus ulur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghulur-hulur | 1. memanjang-manjangkan (waktu, perbicaraan, dsb), menangguh-nangguh (janji, persetujuan, dsb); 2. Id, bp mentafsirkan (fasal dlm undang-undang, perjanjian, dll) mengikut kehendak sendiri (diluaskan atau disempitkan mengikut kehendak sendiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talian hulur(drop line) | Talian yang menghubungkan pangkalan komputer yang jauh pada talian utama rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
memperhulur | menjadikan hulur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |