melandaskan | 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulasan | huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ulasan | huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlaku. | Kamus Pelajar |
ulas II; | ulasan huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlaku. p | Kamus Pelajar |
ulas III | ; mengulas memberi keterangan atau tafsiran ttg sesuatu; mengupas; mentafsirkan: Pensyarah itu sedang ~ isi novel tsb. ulasan huraian atau tafsiran ttg sesuatu: ~ buku huraian isi sesebuah buku; ~ selari huraian yg dibuat ketika sesuatu peristiwa atau kejadian sedang berlangsung. pengulas orang yg mengulas; juruulas; pentafsir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huraian | keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
huraian | 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huraian | keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. | Kamus Pelajar |
landas I | 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu (objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk menjangkau sesuatu; berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesungguhnya kajian lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu selagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; berlandasan 1. menggunakan landasan, berlapik atau beralasan: mencencang ~, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nahu huraian | nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg berlainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |