Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ruf] | حروف

Definisi : lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah; ~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd per­mulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis; berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ruf] | حروف

Definisi : lambang bertulis yg digunakan utk menyatakan bunyi dlm sesuatu bahasa; lambang dlm abjad. ~ awal huruf yg pertama dlm sesuatu perkataan. ~ benar huruf selain huruf saksi atau vokal; konsonan (l, s, t dll). ~ besar huruf yg berukuran dan berbentuk khusus, biasanya digunakan sbg huruf pertama bagi perkataan dlm ayat atau huruf pertama pd kata nama khas spt nama orang, nama tempat (mis, A, B, D, L). ~ cap huruf yg ditulis tegak dan tidak bersambung. ~ cetak huruf yg digunakan dlm cetak-mencetak. ~ Jawi huruf Arab yg digunakan utk menulis kata-kata dlm bahasa Melayu. ~ kecil huruf yg biasa digunakan, bukan huruf besar (mis, a, b, d, l). ~ miring (condong) huruf yg miring ke kanan bentuknya. ~ ringkas kependekan (spt KL bagi Kuala Lumpur). ~ Rumi (Roman) huruf menurut abjad Latin (spt a, A, b, B). ~ saksi huruf a, e, i, o, u; vokal. ~ tebal huruf yg dicetak tebal. berhuruf menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
teka-teki terbangteka-teki dgn menyebutkan huruf-huruf Jawi yg harus dijawab dgn kata yg dieja dgn huruf-huruf itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
konsonan1 bunyi bahasa (yg lain drpd bunyi vokal) spt yg dilambangkan dgn huruf-huruf b, c, d, dll. 2 huruf-huruf yg melambangkan bunyi tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Rumi, = huruf ~ huruf atau abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden lain yg bermula dgn A, a dan berakhir dgn Z, z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno; huruf Rumawi; huruf Roman; huruf Latin. merumikan menulisKamus Pelajar Edisi Kedua
konsonan1. bunyi bahasa (yg lain drpd bunyi vokal) spt yg dilambangkan dgn huruf-huruf b.c.d. dll. 2. huruf-huruf yg melambangkan bunyi tsb.Kamus Pelajar
spasi1. IB jarak antara huruf-huruf atau antara baris huruf: hendak ditaip dgn ~ rangkap; 2. kepingan timah yg kecil-kecil utk mereng­gangkan huruf atau baris (dlm percetakan).Kamus Dewan Edisi Keempat
huruf madAr huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusun hurufmengatur huruf-huruf di per­cetakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
abjad1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyata­kan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyu­sun­an perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad.Kamus Dewan Edisi Keempat
Rumawiberkaitan dgn kebudayaan, bahasa, politik dsb dr kerajaan Rom Kuno; hukum ~ hukum yg dipakai oleh bangsa Rom (Roman atau Itali zaman dahulu); huruf ~ huruf Rumi, huruf Roman, huruf Latin.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusun ~ huruf mengatur huruf-huruf di percetakan.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas