kesunyian | 1. perihal sunyi, keheningan, kelengangan, kesenyapan, kesepian: bunyi air yg mencurah dr cucuran atap menimpa daun-daun kering kedengaran membelah ~ malam; 2. berasa sunyi (kerana keseorangan dll): segala yg berlaku di sekelilingnya ketika itu tidaklah dapat menarik hatinya, ia ~, ia keseorangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selama-lamanya | 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjauhkan | 1 menjadikan jauh; menjarakkan: Ia ~ ikan itu dr kucingnya. 2 menghindarkan diri dr sesuatu; mengelakkan: Utk ~ penyakit, ia selalu makan makanan yg berzat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lantas | 1 tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2 tembus atau terus ke belakang (ke sebelah): Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi: Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
urusan | 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membelakangi | 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meramalkan | 1 menilik nasib orang dgn membuka kitab nujum; menenung: Ia hanya ~ nasib orang, ia sendiri berpanjangan di kaki lima. 2 memberitahukan sesuatu yg akan berlaku; menelah: Banyak orang yg ~ bahawa cukai pendapatan akan dinaikkan lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindak | 1. Jw langkah: ia bangun sambil berjalan se~ demi se~ kembali ke kerusinya; 2. perbuatan, perlakuan; ~ pidana perbuatan jenayah (kejahatan); ~-tanduk a) segala tingkah laku (perbuatan, kelakuan); b) sepak terajang; bertindak menjalankan usaha (kegiatan dll) utk sesuatu, mengambil langkah-langkah dsb utk mengatasi (menyelesaikan, menentang, dsb) sesuatu, berbuat, berlaku: ia mahu berfikir panjang sebelum ~ apa-apa; ia bersetuju ~ sbg perantaraan utk menyelesaikan pertelingkahan itu; ~ sendiri berbuat (melakukan) sesuatu menurut kehendak sendiri; menindak ark melakukan sesuatu terhadap; menindakkan melakukan, melaksanakan, menjalankan: ~ kekerasan; tindakan 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebaknya rusuhan; mengambil ~ a) me-laksanakan (mengadakan) peraturan-peraturan sbg mencegah atau menyelesaikan sesuatu; b) bertindak; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; ~ pentadbiran (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; ~ perusahaan tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; ~ susulan langkah (gerakan dsb) yg diambil (dilakukan) selepas mendapat mak-lumat (laporan dsb) atau berikutan drpd sesuatu; ~ tatatertib hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama | 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |