ibu mentua | ibu kpd isteri atau suami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu mentua | ibu kpd isteri (suami); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentua | I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua; bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besan | (bésan) 1. hubungan yg terjalin antara ibu bapa mentua dgn ibu bapa sendiri; 2. ibu bapa kpd menantu; ~ sebantal besan antara dua suami isteri yg mengahwinkan anak masing-masing (anak si suami dgn anak tirinya); ipar ~ suami atau isteri ipar;berbesan menjadi besan, berhubungan sbg besan: dia tidak sudi ~ dgn saya yg miskin ini; belum beranak sudah ~ prb membahagi-bahagi keuntungan yg belum lagi di tangan;berbesankan menjadikan seseorang sbg besan: saya tidak mahu ~ kamu berdua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mentua | ibu bapa kpd isteri atau suami sendiri. ~-taya saudara kpd mentua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mak mentua | ibu kpd suami atau isteri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mak mentua | ibu kpd isteri atau suami; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besan | /bésan/ 1 hubungan kekeluargaan yg terjalin antara ibu serta bapa mentua seseorang dgn ibu bapa sendiri: Pak Mat dgn Pak Ali itu bukan adik-beradik tetapi ~. 2 ibu bapa kpd menantu. berbesan berhubungan sbg besan: Tak mungkin dia mahu ~ dgn saya kerana saya orang hina lagi miskin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mak | 1 kep drpd emak; ibu. 2 panggilan kpd perempuan yg lebih tua atau yg patut dipanggil ibu. ~ andam perempuan yg menghias atau mengandam pengantin perempuan. ~ angkat perempuan yg mengambil anak orang dan memeliharanya spt anak sendiri. ~ bonda perempuan yg sudah berumur tetapi berlagak spt orang muda. ~ mentua ibu kpd suami atau isteri sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ibu | 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |