Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n id: the ego and the ~, ego dan id. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata id


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pisah Icerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah.Kamus Dewan Edisi Keempat
standard I1. Id panji-panji; 2. Id penopang yg berkaki (pd tiang bendera dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
motor1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg dilekatkan di buritan perahu (utk menggerak­kan perahu); 2. bp (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id motosikal; 3. Id motokar, kereta; bermotor 1. Id menaiki motokar atau moto­sikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~; permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pe-mangkin industri ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tik Ibunyi spt bunyi detik jam dll; juru~ Id jurutaip; mesin ~ Id mesin taip; mentik menaip; ® ketik I.Kamus Dewan Edisi Keempat
perasatId kecekapan memegang, pegangan; persalinan ~ Id perihal melahirkan anak dgn menggunakan perkakas (tidak spt biasa).Kamus Dewan Edisi Keempat
saksiorang yg mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan): siapa ~nya dlm perbicaraan tadi?; ada ~ku yg kauambil barang itu; ~ ahli Id saksi yg dipilih kerana keahliannya; ~ alibi Id saksi yg tidak melihat sesuatu peristiwa; ~ dusta Id = ~ palsu saksi yg diada-adakan (tidak benar); bersaksi 1. mempunyai saksi, ada saksi: per-bicaraan itu dibatalkan kerana tidak ~; 2. menjadikan sbg saksi; ~ ke lutut prb a) men-jadikan sanak saudara sbg saksi; b) meminta pengadilan kpd orang yg bodoh; bersaksikan mempunyai seseorang sbg saksi: pernikahan itu ~ dua orang saksi lelaki yg memenuhi syarat sbg saksi; menyaksikan 1. melihat (menghadiri dll) sbg saksi, melihat (menghadiri dll) sendiri: mereka berkahwin dgn disaksikan oleh ibu bapa mereka; 2. melihat (sendiri): orang yg datang utk ~ permainan itu makin bertam-bah; konsep inilah yg telah diterapkan, dan akibatnya masih dapat disaksikan hingga ke masa kini; mempersaksikan 1. memperlihatkan sbg bukti, membuktikan: dia ingin ~ ke­boleh­annya kpd rakan-rakannya; 2. memper­lihatkan kpd orang lain supaya menjadi saksi; kesaksian keterangan yg diberikan oleh orang yg melihat (mengetahui dll), bukti, kenyataan: sekiranya seseorang drpd saksi-saksi itu bertelingkah, maka ~ itu tidaklah sah; penyaksian perbuatan menyaksikan; penyaksi; ~ mata orang yg melihat sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapat II= kerapatan perkumpulan, per­him­punan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang; berapat berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; merapatkan 1. menjemput berapat (ber­sidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatan­kuasa segera dirapatkan; 2. menge­mukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putus­kan sendiri, tidak perlu dirapatkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumbungsesuatu yg membulat dan menonjol keluar; ~ dubur Id dubur yg keluar, prolapsus ani; ~ rahim Id rahim peranakan yg tertonjol keluar, prolapsus uteri; ~ kelapa (nyiur) kecambah di dlm buah kelapa (yg telah tua) yg berwarna putih kekuningan, isinya lembut dan boleh dimakan; sakit ~ sakit buasir; bertumbung ditumbuhi atau ada tumbung: kami pergi ke kebun utk melonggokkan buah kelapa yg sudah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
renikhalus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga) yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya; merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
transporIB pengangkutan; barang-barang ~ barang-barang yg diangkut; kapal ~ Id kapal pengangkut pasukan (tentera dll); ongkos ~ Id perbelanjaan mengangkut barang-barang dll; perusahaan ~ perusahaan pengangkutan (bas, kapal, keretapi, lori, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas