ijab kabul jual beli | lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab kabul (nikah) | lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab kabul | pernikahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijab kabul | pernikahan; berijab kabul bernikah; mengijabkabulkan menikahkan; terijab kabul telah diijabkabulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijab | ; ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab; ~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ijab | ~ kabul (nikah) lafaz menikahkan yg diucapkan oleh wali dan lafaz penerimaan nikahnya yg diucapkan oleh pengantin lelaki dlm upacara pernikahan. ~ kabul jual beli lafaz penjualan sesuatu barang oleh penjual dan lafaz penerimaan barang tsb oleh pihak pembeli dlm perniagaan. berijab;~ kabul a. mengucapkan lafaz tertentu oleh wali dan pengantin lelaki utk mengesahkan perkahwinan. b. mengucapkan lafaz tertentu oleh penjual dan pembeli dlm urusan jual beli. | Kamus Pelajar |
nikah | akad (perjanjian) yg mengandungi lafaz ijab dan kabul yg menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan, perkahwinan: telah sudah ~, maka nasi adap-adapan pun dikeluarkan orang; akad ~ perjanjian perkahwinan; wakil ~ wakil pengantin lelaki dlm upacara nikah; ~ batin perkahwinan Orang Laut yg tidak menurut agama Islam; ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi belum dirasmikan dgn perayaan (suami isteri belum tinggal serumah); ~ taklik nikah dgn syarat-syarat (apabila tidak dipenuhi, gugur talaknya dll); ~ turun malim nikah utk menutup malu sahaja (selepas nikah bercerai pula); ~ zahir perkahwinan Orang Laut menurut agama Islam; ~ maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa; masam bagai ~ tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin; bernikah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan: maka ~lah Tengku Kamariah itu dgn Raja Kecil; menikah berkahwin, bernikah: maka ~lah Jaliah dgn Basir; menikahi berkahwin dgn, mengahwini: ia tentu tak mahu ~nya dan mengambilnya jadi isteri; menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: maka kadi pun tampillah ~ si Luncai dgn Tuan Puteri itu; nikah-nikahan bp selalu bernikah, suka bernikah; pernikahan perbuatan atau hal bernikah, perkahwinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijab | Ar 1. penawaran (pd jual beli); 2. penerimaan (doa, permohonan); ~ kabul = ~ nikah pernikahan; mengijabkan menawarkan, menerima (doa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |