mayang I | bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya; ~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang (rambut); ~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-megahkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikal | berkelok-kelok atau berombak-ombak (bkn rambut): rambutnya ~, lebat dan hitam; ~ mayang spt mayang mengurai; mengikal menjadi ikal; mengikalkan menjadikan ikal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikal mayang | ikal spt mayang (rambut); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rambut I | 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut; ~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan; ~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya; serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam ber-kilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi; merambut berhelai-helai spt rambut; perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikal mayang | berkelok-kelok spt mayang bentuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikal mayang | spt mayang mengurai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerul | ikal, mengombak-ombak (rambut); berkerul 1. menyikat atau membuat rambut supaya ikal (mengombak-ombak); 2. menyikat rambut rapi-rapi (supaya dirinya kelihatan lebih kacak): orang-orang yg ~ dan tidak memakai songkok bukan tempatnya di rumah ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikal | berkelok-kelok atau berombak-ombak bentuknya (bkn rambut): Rambutnya ~. ~ mayang berkelok-kelok spt mayang bentuknya. mengikalkan menjadikan ikal; mengeritingkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikal | berkelok-kelok atau berombak-ombak bentuknya (bkn rambut): Rambutnya ~. ~ mayang berkelok-kelok spt mayang bentuknya. mengikalkan menjadikan ikal; mengeritingkan. | Kamus Pelajar |
rambut ikal | rambut yg mengombak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |