Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikan-ikan

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tongsanC; ikan ~ ikan negeri China; pulang ~ balik ke negerinya (China).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyenggengkanmenjadikan senggeng, menyengetkan: ikan-ikan itu ~ badan tatkala melalui air yg cetek.Kamus Dewan Edisi Keempat
mina Iark sj ikan, ikan paus.Kamus Dewan Edisi Keempat
parang II; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab.Kamus Dewan Edisi Keempat
senggeng(sénggéng) Tr senget (perahu dll); menyenggengkan menjadikan senggeng, menyengetkan: ikan-ikan itu ~ badan tatkala melalui air yg cetek.Kamus Dewan Edisi Keempat
melekat1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beruntai-untaibanyak untainya, beberapa untai (kalung dll), berangkai-rangkai: maka larilah ikan-ikan itu menyelam menyusupi akar-akar teratai yg berjuntai ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggaramimembubuh garam pd atau menggaul dgn garam; memberi bergaram: Setelah dipindahkan ke tongkang, ikan-ikan ini disiang dan digarami sebelum disimpan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salai; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekatterasa seakan-akan menempel apabila diraba (spt kanji, gam); lekit. melekat 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. melekati 1 melekat pd; melekit pd; menempeli. 2 memasang (api) pd: Setelah rokoknya dilekati api, ia pun duduk menonton televisyen. melekatkan 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. pelekat bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas