Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ikatan1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, per­kumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron;Kamus Dewan Edisi Keempat
terurai1. sudah diuraikan (ikatan, rambut, dll), terhurai; 2. sudah diceraikan (hubungan, ikatan, dsb): ikatan janji setia yg tersimpul dgn teguh dan tidak akan ~; 3. sudah dipecah-kan kpd atau pecah menjadi unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya (yg kecil-kecil);Kamus Dewan Edisi Keempat
lilit1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simpul, = simpulan ikatan yg dibuat dgn tali dll. ~ hidup ikatan yg mudah diuraikan. ~ mati ikatan yg susah diuraikan. ~ pulih ikatan yg dibuat utk memendekkan tali. ~ sentak ikatan yg dpt diuraikan dgn menyentak puncanya. menyimpul 1 merupakan simpul; spt simpul: Senyum ~ di bibir. 2 mengikat supaya tidak terurai: ~ tali kasut; ~ beg plastik. menyimpulkan 1 mengikatkan tali dsb hingga men­jadi simpul. 2 memberikan isi se­suatu perbincangan dgn ringkas; menggulung sesuatu perbincangan dll. simpulan sesuatu yg disimpulkan; ikatan: Bungkusan itu terburai kerana ~nya tidak kuat. ~ bahasa ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. kesimpulan ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghuraikan1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau me­nerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau meng­asingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkasikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkas Iikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkasikatan beberapa benda spt kayu api dsb; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan:Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1. mengikat beberapa benda dlm satu ikatan:Ia ~ tebu itu sepuluh-puluh setiap ikatan. 2. ki menahan orang-orang yg disyaki bersalah; menangkap:Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad.Kamus Pelajar
orak I; mengorak 1. menguraikan, mengung­­kai, membuka (tali, lingkaran, dll); 2. meng­hitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka; ~ ikatan menguraikan ikatan; ~ langkah mem­­buka langkah, mulai melangkah (ber­jalan); ~ lingkar mulai bekerja; ~ pura membuka pundi-pundi wang (membayar hutang); ~ selimut membuka selimut; ~ senyum tersenyum; ~ sila bangkit berdiri, pergi; segan ~ lingkar sangat malas; terorak terurai, terungkai, terbuka; orakan cara atau kaedah menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengorak1 membuka sesuatu ikatan dll supaya terlepas; menguraikan: ~ ikatan. 2 menghitung utk mencari angka pengisi bagi sesuatu angka. ~ langkah memulakan langkah. ~ lingkar mula bekerja. ~ senyum tersenyum. ~ sila berdiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas