temberang II | (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklan | pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memasang iklan | memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiklankan | memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan iklan | papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklan | pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertampal dgn | bertambal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangunan yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklan | pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (orang dsb) yg mengiklankan. | Kamus Pelajar |
bertampal | 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertambal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangunan yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklaneka | (iklanéka) iklan yg berbagai-bagai jenis: ~ Berita Harian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |