berhawa | 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iklim | 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hawa I | 1. gas yg memenuhi bumi (terdiri drpd beberapa jenis gas), udara: kerana ~ itu bergerak terjadilah angin; mengambil ~ menghirup udara yg nyaman; 2. keadaan udara pd sesuatu tempat, iklim: ~ panas; ~ sejuk; tempat itu panas ~nya; 3. keadaan udara (bkn suhu, cuaca, dll): hampir dinihari ~ sejuk menggigit tulang; ~ daba aliran udara yg menandakan ada sesuatu yg bergerak, bau sesuatu benda yg dibawa oleh udara; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; berhawa 1. mempunyai hawa (iklim), beriklim: negeri-negeri ~ sederhana; 2. mempunyai keadaan udara (sejuk, panas, dingin, dsb): bilik ~ dingin; menghawa Id menjadi hawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musim | 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banji | Kamus Pelajar |
hikmah | 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya; 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hawa I | 1 gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara: Apabila ~ bergerak, terjadilah angin. 2 keadaan udara di sesuatu tempat; iklim: ~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membahagikan | 1. = membahagi membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; 2. menjadikan terpisah, memisahkan: Selat Melaka ~ Semenanjung Malaysia dgn Sumatera; 3. memberikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hawa I | 1. gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara:Apabila ~ bergerak, terjadilah angin. 2. keadaan udara di sesuatu tempat; iklim: ~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin. | Kamus Pelajar |
benua | 1. daratan yg sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia): ~ Eropah; 2. negeri, tanah: ~ China; ~ Arab; spt burung gagak pulang ke ~ prb orang pulang merantau jauh yg tidak bertambah pengetahuannya; kebenuaan bersifat benua: iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
musim | 1 masa yg tetap dlm setiap tahun mengikut perubahan iklim: Dlm ~ sejuk, salji turun dgn banyaknya. 2 masa yg tertentu dlm tiap-tiap tahun (ketika pokok berbuah dll): ~ durian. 3 masa berlakunya sesuatu: ~ perang. ~ bah musim hujan dan selalu berlaku banjir. ~ haji musim orang menunaikan fardu haji. ~ luruh musim daun tumbuh-tumbuhan gugur. ~ menuai masa menuai padi. ~ tengkujuh musim hujan selalu turun. bermusim 1 sudah sampai atau tiba musimnya: Durian belum ~ lagi. 2 mengikut musim (tidak sebarang waktu saja): Durian dan rambutan ialah jenis buah-buahan yg ~. semusim sama musimnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |