ikrar | janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikrar | Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikrar | janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. | Kamus Pelajar |
persumpahan | perihal bersumpah, akuan, ikrar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalimah yg dua | lafaz ikrar bahawa seseorang beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad SAW dgn ungkapan yg bermaksud “aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah.” | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(dua) kalimah syahadat | lafaz ikrar bahawa seseorang beriman kpd Allah dan Nabi Muhammad SAW dgn ungkapan yg bermaksud “aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa (Nabi) Muhammad ialah Rasul Allah.” | Kamus Dewan Edisi Keempat |
triprasetia | Id ark sumpah taat setia atau ikrar yg terdiri drpd tiga perkara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumpah I | 3 janji atau ikrar yg teguh utk melakukan sesuatu: Baginda telah melafazkan ~ akan memerintah dgn adil dan saksama. | Kamus Pelajar |
biara | tempat pertapa tinggal sbg satu komuniti atas ikrar keagamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melafazkan | mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |