ikut serta | turut sama atau turut serta. mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan seseorang atau sesuatu bersama-sama dlm sesuatu kegiatan dsb: Pihak sekolah telah ~ sepuluh orang pelajarnya dlm kejohanan sukan tsb. pengikutsertaan perbuatan, tindakan, hal dll ikut serta atau mengikutsertakan seseorang atau sesuatu dlm kegiatan, ceramah dsb: ~ orang ramai dlm gotong-royong itu sangat dialu-alukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikut serta | turut bersama-sama dgn orang atau pihak lain melibatkan diri dlm sesuatu (kegiatan, seminar dll): ramai orang yg menun-jukkan minat utk ~ dlm perbincangan itu; mengikutsertakan menyertakan atau melibatkan bersama (dlm sesuatu kegiatan dsb), membuat supaya (seseorang, sesuatu, dll) turut terlibat dsb: pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mungkin dgn pertimbangan yg sama, telah ~ T. Alias Taib bersama-sama penulis Malaysia yg lain utk diperkenalkan di dlm ‘Wajah’; pengikutsertaan perihal (perbuatan atau tindakan) ikut serta atau mengikutsertakan: ~ staf dlm seminar, bengkel, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk campur | ikut serta, turut mengambil bahagian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turut serta | ikut serta melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turut serta | ikut serta (melakukan sesuatu dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peserta | orang yg ikut serta dlm sesuatu pertandingan dll; orang yg mengambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peserta | orang yg ikut serta dlm sesuatu pertandingan dll; orang yg mengambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. | Kamus Pelajar |
semodal | berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mensyarikati | ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semodal | berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |