Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ikut1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak.Kamus Dewan Edisi Keempat
ikut-ikut1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur;Kamus Dewan Edisi Keempat
membonceng1 ikut naik kenderaan (basikal dsb) tanpa membayar: Tiap-tiap pagi, dia ~ motosikal abangnya. 2 turut serta dlm sesuatu hal tetapi tidak mengeluarkan belanja: Jangan suka ~ hasil perjuangan orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bonceng/boncéng/; membonceng 1 ikut naik kenderaan (basikal dsb) tanpa membayar: Tiap-tiap pagi, dia ~ motosikal abangnya. 2 turut serta dlm sesuatu hal tetapi tidak mengeluarkan belanja: Jangan suka ~ hasil perjuangan orang lain. memboncengkan membawa naik bersama-sama (dgn kenderaan spt basikal). boncengan tempat utk menaruh barang atau tempat membonceng (pd basikal dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
turut1 ikut atau pergi bersama: Saya ~ ke mana-mana saja suami saya pergi. 2 bersama-sama melakukan sesuatu atau bersama-sama ditimpa sesuatu kejadian dsb; tidak terkecuali drpd: Ia ~ mati lemas kerana terperangkap dlm kereta yg tenggelam itu. ~ campur bersama mencampuri urusan atau hal orang lain. ~ serta ikut serta melakukan sesuatu. pak ~ orang yg sentiasa mengikut atau meniru orang lain. berturut berikut atau bersusun dgn teratur. berturut-turut 1 lepas satu, satu; terus-menerus dgn teratur; tidak berselang antara satu dgn yg lain: Pasukan itu telah kalah tiga kali ~. 2 terus melakukan sesuatu dgn tidak henti-henti; ber­ulang-ulang: Ia menembak musuh ~. menurut 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. turut-menurut tidak tentang-menentang; saling menurut. menuruti mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; mengekori. menurutkan mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. memperturutkan 1 menjadikan ber­­turut-turut; melakukan sesuatu ber­­kali-kali: Kerana terlalu marah, dia ~ pukulannya terhadap orang itu. 2 membiarkan atau membuat supaya ber­­sama-sama melakukan sesuatu; mem­biarkan turut: Ketua Pengarah ~ lima orang pegawainya dlm seminar itu. turutan 1 sesuatu yg diturut; teladan. 2 yg berturut-turut atau yg berikut-ikut. 3 yg turut bersama; yg menurut: orang ~ orang yg turut bersama. perturutan hal atau keadaan berturut-turut. pe­nurutan perbuatan (hal dsb) menurut, menuruti atau menurutkan. penurut 1 suka mengikut atau suka menurut; tidak membantah atau tidak melawan; patuh. 2 orang yg menurut; pengikut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
turut-menurut1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
serta1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi. 2 = berserta 1 bersama dgn; dgn: Perdana Menteri ~ tiga orang pegawai kanan kerajaan telah berlepas ke Bangkok semalam. 3 dan juga; dan: Beliau memang baik hati ~ jujur. ~-merta pd ketika itu juga; tidak bertangguh-tangguh lagi; segera. berserta 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. menyertai 1 mengikut serta; turut bersama: SayaKamus Pelajar Edisi Kedua
serta1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi.Kamus Pelajar
turut1 ikut atau pergi bersama: Saya ~ ke mana-mana saja suami saya pergi.Kamus Pelajar
membonceng1. ikut naik kenderaan (basikal dsb) tanpa membayar: Tiap-tiap pagi, dia ~ motosikal abangnya. 2. turut serta dlm sesuatu hal tetapi tidak mengeluarkan belanja: Jangan suka ~ hasil perjuangan orang lain.Kamus Pelajar
12345678910

Kembali ke atas