politik | 1, = ilmu ~ ilmu ttg cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah: Sewaktu masih bersekolah lagi, dia gemar sekali membaca buku-buku ~. 2 segala yg berhubung dgn pemerintahan sesebuah negara serta perhubungannya dgn negara lain: parti ~. 3 kegiatan yg bertujuan utk menaikkan status seseorang atau utk menambah kuasa seseorang dlm sesuatu organisasi dsb berbanding dgn yg berdasarkan prinsip yg benar. ~ wang kegiatan menyogokkan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya dlm pilihan raya, utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb. berpolitik mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
politik | 1. = ilmu ~ ilmu (pengetahuan) bkn cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan: pentingnya pengetahuan ~ kpd setiap rakyat negara yg mengamalkan pemerintahan demokrasi sudah tidak dapat disangkal lagi; 2. segala sesuatu bkn pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dgn negara lain: dasar luar negeri kita adalah bebas tetapi menentang penjajahan dlm ~ antarabangsa; diayah ~ penyebaran pengetahuan (ajaran) politik; parti ~ pertubuhan yg bergiat dlm bidang politik; tokoh ~ ahli politik yg terkemuka (terkenal); 3. kelicikan, muslihat, tipu muslihat; ~ parti kegiatan politik yg dijalankan utk, melalui atau oleh parti: beliau telah diberi peluang berkecimpung dlm kegiatan ~ parti walaupun pengalamannya masih cetek; ~ wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kpd kumpulan orang atau individu tertentu utk mendapatkan sokongan, terutamanya utk pemilihan sesuatu jawatan penting dlm parti dsb; berpolitik mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; mempolitikkan memasukkan ke dlm urusan politik, menjadikan sbg urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dgn politik: Menteri Pendidikan telah menjelaskan bahawa banyak pihak telah ~ isu-isu tersebut tanpa memahami perkara yg sebenar yg akan dijalankan oleh kerajaan; kepolitikan perihal politik; pempolitikan perbuatan mempolitikkan sesuatu perkara (isu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarekat | (tarékat) Ar 1. jalan; 2. jalan utk mencapai kebenaran (dlm tasawuf): ilmu ~ ilmu tasawuf, ilmu sufi (suluk); 3. tatatertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan); 4. perkumpulan penuntut ilmu tasawuf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenung | ; ilmu ~ ilmu tilik-menilik atau ilmu meramalkan nasib seseorang. tukang ~, = juru~ orang yg kerjanya meramalkan nasib orang; tukang ramal. bertenung meminta orang yg mempunyai ilmu tenung meramalkan nasib: ~ kpd ahli nujum. menenung menilik (nasib dsb); meramalkan: ~ nasib dilarang oleh agama Islam. tenungan hasil menenung; ramalan; tilikan. penenungan hal atau perbuatan menenung. penenung orang yg menenung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tauhid | Ar keesaan atau ketunggalan (Allah); ilmu ~ ilmu bkn keesaan Allah; dgn ~ hati dgn sepenuh-penuh hati, dgn bulat hati; kuat ~nya kuat kepercayaannya (imannya) yg Allah itu esa;mentauhidkan 1. mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu); 2. mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati); ketauhidan yg berkaitan dgn tauhid, tauhidiah; ilmu ~ ilmu tauhid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantik | Ar = ilmu ~ ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yg terbit daripadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kias II | ; ilmu ~ ilmu sihir atau ilmu ghaib (yg menggunakan jampi-jampi utk menyembuhkan penyakit dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tasawuf | Ar ajaran (usaha, jalan) utk mengenal Tuhan dgn benar-benar dan mendekatkan diri dgn Tuhan;ilmu ~ ilmu suluk, ilmu tarekat, mistik; mengaji ~ menuntut atau mengamalkan ilmu suluk (mistik); orang ~ orang yg menuntut dan mengamalkan suluk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sufi | Ar = ahli ~ ahli ilmu suluk (tasawuf); ilmu ~ ilmu suluk (tasawuf); kesufian tingkat pencapaian menjadi ahli sufi: rahsia ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesona | 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; keterpesonaan keadaan terpesona: kekaguman dan ~ orang lain sahaja tidak cukup jika kita tidak dapat memanfaatkan makna yg tersirat di dalamnya; kepesonaan perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |