Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ilmu (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengetahuan, kepandaian, kepakaran, keahlian, kemahiran, kebijakan, kebijaksanaan, kepintaran, pelajaran, pendidikan, seni, sains;,
Kata Terbitan : berilmu, keilmuan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rasi1. sekumpulan bintang dlm zodiak (minta­kulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu per­bintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, ber­untung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~; merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib; menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan; keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai); perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum.Kamus Dewan Edisi Keempat
nujum1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pan­dai melihat nasib seseorang atau mem­buat ramalan dgn melihat bin­tang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nujum1 ilmu bintang utk melihat nasib orang. 2 = ahli ~ orang yg pandai melihat nasib seseorang atau membuat ramalan dgn melihat bintang; tukang tilik: ~ Pak Belalang tukang tilik yg hanya mengagak-agak saja (pura-pura). 3 = kitab ~ kitab yg digunakan utk membuat ramalan atau utk melihat nasib.Kamus Pelajar
tenungilmu utk mengetahui sesuatu yg akan terjadi pd masa yg akan datang (melihat nasib, mencari barang hilang, dll), nujum, ramal; ilmu ~ ilmu tilik-menilik (nasib orang dll); juru~ = tukang ~ = pandai ~ orang yg pekerja-an­­nya menilik nasib orang; membaca (mem­bukakan) ~ = melihat dlm ~ menengok nasib orang dgn tenung; bertenung 1. membaca tenung, mera­mal­kan, menelah: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu ~ menentukan di mana tempat kerbau itu berada; 2. = ~ kpd meminta supaya diramal­kan nasibnya pd; menenung 1. = menenungkan menilik nasib dll dgn tenung, meramalkan, menelah: marilah kita sekalian pergi kpd Pak Belalang minta ditenungkan; 2. melihat tepat-tepat, me-mandang, memerhati, menatap, merenung: dia mengelamun di kerusi ~ rumah depan; tenungan ramalan (nasib dll), telahan; penenungan perihal menenung; penenung tukang tenung, jurutenung.Kamus Dewan Edisi Keempat
nujum1. bintang, bintang-bintang; 2. ilmu bintang utk mengetahui nasib orang, per­bintangan; 3. = kitab ~ kitab utk membuat ramalan, kitab perbintangan; melihat ~ membuat ramalan dgn melihat kitab nujum; 4. = ahli ~ = ahlulnujum orang yg ahli dlm membuat ramalan dgn melihat bintang, tukang tilik, penilik; ~ Pak Belalang ki tukang tilik yg palsu (pura-pura); bernujum berjumpa nujum utk meramalkan sesuatu; menujumkan membuat ramalan (dgn me­lihat kitab nujum), meramalkan, menenung; mempernujumkan melihat nujum utk, me­ramalkan utk; nujuman ramalan; pernujuman perbuatan atau hal bernujum; penujuman perihal menujumkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tilikpelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pan­dangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah se­suatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitu­lah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawas­an, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenar­nya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
kitab1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lihatpandang, tengok; salah ~ salah (silap) pandang; berlihat-lihatan saling memandang, berpan­dang-pandangan; melihat 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; melihat-lihat melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; melihati memerhati dgn teliti, memandang dgn sungguh-sungguh, mengamat-amati: panjat olehmu, lihati apa halnya mayang itu; melihatkan melihat akan, memandang kpd: ia berasa sedih ~ ibunya bekerja keras; memperlihatkan 1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat; terlihat 1. = kelihatan boleh (dapat) dilihat, nampak: kesedihannya ~ nyata pd mukanya; semua perbezaan ini ~ melalui bahasa; 2. telah dilihat, diketahui: setelah ~ benda itu segera diambilnya; 3. terpandang dgn tidak sengaja, terpandang (bukan kerana niat utk memandang): ketika berpaling ~ padanya bagaimana orang yg duduk di sampingnya itu mengerling; lihatan apa yg dilihat: pengalaman yg di­tempuh dinyatakan melalui imej rasaan dan ~; ~nya dlm kegelapan itu berpusar dan terus berpusar; kelihatan 1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampak­nya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya; pelihatan, penglihatan 1. kuasa (panca­indera) utk melihat, kebolehan melihat: dia terpaksa berhenti drpd pekerjaannya atas nasihat doktor kerana ~ matanya rosak; 2. apa yg dipandang, pandangan: Hang Tuah ini pd ~ku bukan sebarang orang; 3. perihal melihat: tajamkanlah perasaan, ~ dan fikiran tatkala menghadapi musuh-musuh itu; pelihat orang yg pandai meramal atau menilik apa yg akan berlaku (terjadi dll); penglihat 1. = penglihatan kuasa (panca­indera) utk melihat; 2. orang yg pandai meramal (menilik dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
firasat1. = ilmu ~ pengetahuan mengenai tanda-tanda pd muka (badan dll) utk mengetahui kelakuan atau nasib orang: maka diketahui oleh sultan dgn ilmu ~ baginda bahawa budak itu keturunan raja-raja; 2. perasaan hati bahawa akan terjadi sesuatu sesudah melihat tanda tertentu: saya mendapat ~ bahawa ia akan mendapat kemalangan; 3. tanda-tanda pd muka (badan dll) yg dapat menggambarkan kelakuan orang: menurut ~nya, ia orang yg tinggi hati; berfirasat 1. berasa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: aku ~ bahawa dia akan dikenakan oleh ibu mentuanya; 2. meramal atau menduga bahawa sesuatu akan terjadi berdasarkan tanda tertentu yg ada: kawan pasangannya harus pandai ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kitab1. buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama:Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan al-Quran kpd Nabi Muhammad. 2. buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas