imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginasi | kebolehan menggambarkan sesuatu dlm fikiran; apa-apa yg digambarkan dlm kepala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imaginasi | daya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya berdasarkan ~nya sahaja; mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginasi | kebolehan menggambarkan sesuatu dlm fikiran; apa-apa yg digambarkan dlm kepala. | Kamus Pelajar |
fantasi | 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fiksyen | 1. karya sastera yg dicipta drpd imaginasi spt novel dan cerita pendek, cereka; 2. cerita yg diada-adakan; memfiksyenkan menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfiksyenkan | menjadikan fiksyen, menjadikan hasil imaginasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prosaik | 1. bersifat prosa; 2. tiada imaginasi dan menjemukan: pendeknya sebuah puisi itu tidak diucapkan secara lurus, kasar, ~ dan dangkal; ungkapan-ungkapannya kadangkala begitu mudah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemikiran lateral | cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
momokan | bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |