memperkuda | 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkuda-kuda | 1. membuat (menjadikan) sesuatu sbg kuda; 2. memperbodoh-bodohkan, memperlakukan sbg budak suruhan: asal disanjung-sanjung bolehlah diperkuda hatta disuruh membuat apa kerja pun; Ali ~ wakil rakyat dan imam-imam kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam | Ar 1. orang yg mengetuai sembahyang berjemaah: tengah hari itu, kami bersembahyang Zuhur di masjid, Bakar menjadi ~nya; 2. pemimpin, penganjur, ketua (negara dll); ~ yg empat penganjur empat mazhab yg menjadi ikutan orang-orang Islam (Syafii, Hanafi, Hambali, dan Maliki); I~ Mahadi pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman; ~ perang ketua dlm peperangan pd masa dahulu; ~ Yaman raja negeri Yaman; berimam mempunyai imam, ada imamnya: sembahyang ~ sembahyang dgn mengikut imam; berimamkan 1. mempunyai seseorang sbg imam (pd waktu sembahyang): mereka sembahyang berjemaah ~ Tuan Haji Yusuf; 2. mempunyai (menganggap dsb) seseorang sbg imam (pemimpin, ketua); mengimami memimpin (dlm masa sembahyang); mengimamkan menjadikan seseorang sbg imam: saya hendak menjemput lebai ~ sembahyang jenazah; keimaman kedudukan (jawatan dll) imam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam yg empat | empat orang penganjur (iaitu Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) yg menjadi ikutan sebahagian besar umat Islam sekarang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imam perang | orang yg memimpin sesuatu pasukan perang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imam Mahdi | pemimpin Islam yg dianggap akan muncul pd akhir zaman utk menyelamatkan umat Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imam Yaman | raja negara Yaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imam Mahdi | pemimpin yg akan muncul utk membersihkan dunia ini drpd dajal (ketika hampir kiamat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam Yaman | raja negeri Yaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imam perang | ketua dlm peperangan pd masa dahulu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |