imbasan | arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imbasan | imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad imbasan | kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbas | 1 = imbasan arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2 gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3 gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu: sekali ~ memandang sekali saja dgn cepat. 4 = ~ hantu sj penyakit yg dipercayai disebabkan oleh hantu yg lalu. pengimbas ist alat yg digunakan utk membaca bahan-bahan berbentuk tulisan atau grafik dr kertas dan menukarkannya kpd bentuk data digital. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imbas | 1. = imbasan arus udara oleh sebab orang mengipas (orang berjalan dll). 2. gerakan kereta dll yg cepat: Saya hanya sempat melihat ~nya. 3. gerakan mata yg cepat utk melihat sesuatu:sekali ~ memandang sekali saja dgn cepat. 4. = ~ hantu sj penyakit yg dipercayai disebabkan oleh hantu yg lalu. | Kamus Pelajar |
prabawa | 1. pengaruh; 2. Id imbasan elektrik; perbawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelibat III | rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu; sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam; terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu; kelebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidung | 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai seseorang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiarkan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan mengucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbas | 1. arus udara (kerana orang mengipas, orang berjalan, dll); sekali ~ selayang pandang: dia kenal gadis itu, walaupun dipandangnya sekali ~ sahaja; 2. arus elektrik; 3. = ~ hantu sl penyakit yg kononnya disebabkan oleh hantu yg lalu; 4. ark dorongan (desakan); seimbas sekejap, selayang; ~ pandang selayang pandang; imbas-imbas hampir sama (serupa), seakan-akan: anak itu ada ~ rupa ayahnya; mengimbas 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; imbasan imbas, gerakan (aliran) udara, gerakan kereta, dll yg cepat: ia hanya sempat melihat ~ kereta tersebut; kad ~ kad yg diperlihatkan sebentar pd murid utk menguji (kebolehan, kecepatan berfikir, dll); pengimbasan (Ubat) kaedah memeriksa bahagian tertentu tubuh, sama ada dgn menggunakan gelombang bunyi atau sinaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |