perselarian | persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut ada ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imej | (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imej | /iméj/ 1 gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2 ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik: Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat. berimej mempunyai imej. pengimejan proses atau perbuatan membentuk, menghasilkan dsb imej: ~ yg baik bergantung pd teknik yg sesuai dan kemahiran yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imej | /iméj/ 1. gambar rupa dll yg terlintas dlm fikiran; gambaran. 2. ki pendapat orang ramai mengenai sesuatu perkara; nama baik:Sifat ini akan merendahkan ~ seseorang atau sesuatu masyarakat.\i> | Kamus Pelajar |
imej cermin(mirror image) | Imej grafik yang mempunyai bentuk yang sama seperti imej asal tetapi terbalik haluannya, seperti imej yang terhasil pada cermin. | Kamus Komputer |
imej pendam | imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencerminan(mirroring) | Proses membina imej grafik yang berbentuk sama seperti imej asal tetapi terbalik haluannya seperti imej cermin. | Kamus Komputer |
gambar(picture) | 1. Paparan bukan teks pada skrin pengawas video. 2. Bentuk maklumat yang dipaparkan secara grafik atau imej foto. 3. Imej yang diterima oleh deria penglihatan. | Kamus Komputer |
imej paparan(display image) | Bahagian fail grafik yang dipaparkan pada skrin komputer. | Kamus Komputer |
imej bit(bit image) | Objek yang dipaparkan pada skrin yang dibentuk daripada kumpulan bit yang tersimpan dalam bentuk matriks dalam ingatan komputer. | Kamus Komputer |