impi | ; mengimpi berangan-angan yg bukan-bukan; bermimpi. mengimpikan mengangan-angankan sesuatu yg bukan-bukan. impian sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
impi | ; mengimpi bermimpi; mengimpikan mengidamkan, mengharapkan sangat, mengangan-angankan: apa yg kuimpikan selama ini sekarang menjadi suatu kenyataan; impian yg diimpikan, angan-angan, khayalan: berkahwin dgn gadis ~nya; ®mimpi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
impi | mengimpi berangan-angan yg bukan-bukan; bermimpi. mengimpikan mengangan-angankan sesuatu yg bukan-bukan. impian sesuatu yg diimpikan; cita-cita yg bukan-bukan. | Kamus Pelajar |
mimpian | 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |