imuniti | 1. keimunan: beberapa hari sebelum badan pesakit membentuk ~ secukupnya utk melawan jangkitan; 2. perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan, kekebalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekebalan | 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd diplomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebal I | 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mahkamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd diplomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |