inai | 1. sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya digunakan sbg bahan pemerah kuku dan jari), pacar, Lawsonia inermis; ~ batu a) sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, mata keli, Vaccinium malaccense; b) = ~ bukit sj tumbuhan (herba), Impatiens griffithii; ~ paya sj tumbuhan (herba) temegun, Hydrocera trifiora; 2. benda utk memerahkan kuku (dibuat drpd daun inai): ~ yg akan digunakan dlm istiadat bersanding telah siap digiling; menempek ~ = meletakkan ~ membubuh inai pd kuku dan jari; tari ~ tari piring; ~ tertepung, kuku tanggal prb kerja telah siap tetapi faedahnya tidak didapat kerana berlaku sesuatu; bagai ~ dgn kuku prb persahabatan yg sangat karib (tidak pernah bercerai); kaki tertarung ~ padahannya, mulut terdorong emas padahannya prb mesti berani menanggung akibat janji atau perbuatan; berinai memerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja; menginai menempek inai pd kuku dan jari: pengantin itu akan diinai oleh keluarganya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menarikan | 1. melakukan sesuatu tari, menari dgn sesuatu tari: maka pendekar pun meng-hampiri lalu ~ inai serta memukul rebana lagu ceracap ini; 2. menggerak-gerakkan (jari-jari) dgn pantas dan lancar (spt gerakan menari | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maman | 1. sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan), Cleome icosandra; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis gynandra; ~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea linifolia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tarung | bertarung 1. berlanggar, berhantuk; 2. berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, dll: sesudah ~ dgn raksasa dan Raja Lembu, kipas sakti itu diperolehnya juga; 3. berlawan (dlm perlawanan sukan dll), bertanding: ramai pelumba motosikal yg terkemuka dr Jepun akan ~ utk merebut piala kejohanan tersebut; 4. sl berbantah, berdebat: kedua-duanya ~ di hadapan hakim; bertarungan berlanggaran, berbenturan; menarung menyandung, melanggar, membentur, menyentuh; menarungkan, mempertarungkan menjadi-kan bertarung, membenturkan, memperlaga-kan, mempersabungkan; ~ nasib mengadu untung; ~ nyawa (jiwa) a) mempertaruhkan (mengorbankan) nyawa; b) berjuang bermati-matian dgn; tertarung 1. terlanggar, terhantuk, tersandung, tersentuh: kakinya ~ pd batu; 2. ki mendapat rintangan, tersandung; baru dimulai sudah ~ prb baru dimulai sudah menemui rintangan (halangan); kaki ~ inai padahannya, mulut terdorong emas padahan-nya prb hendaklah ditunaikan segala janji (apabila berbuat sesuatu harus berani me-nanggung akibatnya); pertarungan 1. pertempuran, perkelahian, perlawanan, pertandingan: ketika itu berlakulah ~ yg mengerikan antara Awang dgn Bacuk; ~ yg amat hebat ialah antara pelumba-pelumba motosikal; 2. perjuangan: dia sendiri baru lagi menceburkan dirinya dlm ~ hidup; 3. pertelingkahan, perselisihan (pendapat dll): dlm ~ pendapat antara Ferdaos dan Lokman, Asrul tidak menyebelahi mana-mana pihak;penarung 1. = batu ~ a) rintangan, halangan; b) sesuatu yg menyakiti hati; 2. = kaum ~ ark yg menjadi perintang, puak reaksioner. | Kamus Dewan Edisi Keempat |