induksi | 1 (hal membuat) kesimpulan atau ketetapan yg umum berdasarkan hal atau andaian yg khusus. 2 pengenalan kpd organisasi pekerjaan, tugas, jawatan dsb yg baru: kursus ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
induksi | 1. proses penghuraian yg membawa kpd pencapaian sesuatu kesimpulan hukum drpd fakta atau maklumat yg bersifat khusus; 2. pengenalan kpd organisasi (pekerjaan, tugas, jawatan dsb) yg baru: kursus ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus induksi | kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kursus induksi | kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
induktif | berkaitan dgn atau menggunakan induksi: keutamaan mestilah juga diberi kpd penggunaan pendekatan ~ dan pendekatan deduktif secara betul dan cekap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus | latihan (syarahan dll) yg singkat mengenai sesuatu: ~ Bahasa Melayu; ~ pertanian. ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja baru, pelajar baru dsb kpd persekitaran pekerjaan, pembelajaran, organisasi dsb yg baru saja dianggotai atau diceburi. berkursus mengikuti kursus; mengambil bahagian dlm kursus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menaakul | membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taakul | Ar hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; menaakul membuat pertimbangan dll dgn logik: di dlm buku-buku itu Bacon telah mengemukakan cara ~ menurut kaedah induksi; taakulan hasil menaakul; penaakulan perbuatan menaakul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursus | pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan, dsb) yg diberikan dlm jangka masa yg agak singkat: ~ penerbitan buku selama seminggu; ~ tiga bulan dlm bidang pentadbiran; ~ buta huruf kursus bagi orang dewasa yg tidak tahu menulis atau membaca; ~ gaya pos sistem belajar secara persendirian yg panduan dan notanya diberikan oleh institusi yg berkenaan melalui perkhidmatan pos; ~ haji kursus yg berkaitan dgn selok-belok ibadat haji bagi orang yg akan menunaikan fardu haji di Mekah; ~ induksi kursus khas utk memperkenalkan pekerja, pelajar dsb baru kpd persekitaran organisasi (institusi, pekerjaan, pembelajaran dsb) yg baru sahaja dianggotai atau diceburinya; ~ kilat kursus yg sangat singkat; ~ perkahwinan kursus pendek mengenai beberapa aspek asas kerukunan berumah tangga dr sudut pandangan Islam yg harus diikuti, terutamanya oleh bakal pengantin; ~ pertanian kursus mengenai pengetahuan bertani; ~ politik kursus mengenai perkara-perkara (selok-belok) politik; berkursus mengikuti (mengambil bahagian dlm) kursus; ~ kpd bp belajar (berguru) kpd; dikursus bp diajar; dikursuskan bp diajarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |