maklumat(information) | 1. Data pelbagai bentuk yang mempunyai makna tertentu atau yang membentuk idea penuh, keadaan, atau suasana bermakna. 2. Pengetahuan yang dahulunya tidak diketahui oleh pihak penerima. | Kamus Komputer |
teori maklumat(information theory) | Bidang ilmu yang berkaitan dengan pengiriman data melalui talian penghantaran dengan sempurna. | Kamus Komputer |
teknologi maklumat(information technology) | Bidang yang meliputi penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi bagi memperoleh, memproses, dan menyebarkan maklumat. | Kamus Komputer |
sumber maklumat(information source) | Sumber yang mengeluarkan maklumat. | Kamus Komputer |
sistem maklumat(information system) | Sistem yang berkaitan dengan pengumpulan, pemasukan, penyimpanan, pemprosesan, pengeluaran, dan penyebaran maklumat. | Kamus Komputer |
sains maklumat(information science) | Bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian bagaimana manusia mencipta, menggunakan, dan menyalurkan maklumat pelbagai bentuk dengan pelbagai cara. | Kamus Komputer |
perkhidmatan maklumat(information service) | Pelbagai perkhidmatan yang berasaskan maklumat, seperti maklumat pasaran saham dan maklumat cuaca yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai. | Kamus Komputer |
pemprosesan maklumat(information processing) | Teknik memasukkan, menganalisis, menilai, mengolah, mengeluarkan dan menyebarkan maklumat yang diterima daripada sumber maklumat. | Kamus Komputer |
pembekal maklumat(information provider) | Pihak yang berfungsi membekalkan maklumat yang pelbagai atau yang khusus bagi sistem rangkaian pangkalan data atau pusat perkhidmatan maklumat. | Kamus Komputer |
ledakan maklumat(information explosion) | Keadaan peningkatan jumlah maklumat yang semakin tinggi mengikut masa. | Kamus Komputer |