inga | ; inga-inga, teringa-inga termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
inga-inga | termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teringa-inga | termangu-mangu (kerana sedih, terkejut, dll), hilang akal, termenung-menung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bengal | 1. pekak sebentar kerana kena tampar dll; 2. bingung, teringa-inga (kerana sakit dll): kepala saya masih ~ lagi; 3. tidak mendengar kata orang, keras kepala; 4. Jk nakal, jahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
termimpi-mimpi | 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mimpi | 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukanbukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |