ingatan meruap(volatile memory) | 1. Jenis ingatan yang kandungan maklumatnya lenyap apabila bekalan kuasa ke peranti ingatan diputuskan. Bandingkan ingatan tak meruap. 2. Sifat ingatan baca-tulis biasa yang akan hilang maklumat kandungannya apabila bekalan kuasa peranti ingatan tersebut diputuskan. | Kamus Komputer |
angan-angan | 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan statik(static memory) | 1. Peranti ingatan yang mengandungi maklumat tetap. 2. Peranti ingatan yang tidak memerlukan penyegaran semula. 3. Peranti ingatan yang tidak mengandungi sebarang bahagian mekanik yang bergerak. | Kamus Komputer |
penyerpihan(fragmenting) | 1. Proses memuatkan atur cara ke dalam kawasan kecil ingatan utama yang tidak berdampingan atau lebihan penggunaan atur cara lain untuk menjimatkan penggunaan ingatan. 2. Keadaan kandungan ingatan utama akibat peruntukan ingatan oleh pemproses utama. Ingatan ini mengandungi kawasan kecil yang tidak digunakan antara kawasan yang memegang data yang berguna. | Kamus Komputer |
angan | 1. fikiran, ingatan, menungan; tidak masuk ~ = tidak lalu ~ tidak masuk akal; 2. Mn maksud, niat; ~ lalu, faham tertumbuk prb menurut fikiran mungkin dibuat, tetapi sebenarnya sukar; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; ~ hati kata dlm hati; ~ Mat Jenin harapan (atau mengharapkan sesuatu) yg mustahil; mabuk di ~ = dimabuk ~ mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; ~ menerawang langit prb mencita-citakan segala sesuatu yg tinggi-tinggi; ~ mengikat tubuh prb menyusahkan diri kerana cita-cita yg terlampau tinggi; berangan-angan 1. mempunyai angan-angan (cita-cita, ingatan, keinginan): ia tidak pernah ~ hidup di kota-kota besar; 2. = mengangan, mengangan-angan membayang-bayangkan berbagai-bagai gambaran di dlm fikiran, berkhayal(-khayal), mengelamun: kadang-kadang terhibur juga hatiku apabila aku ~ menjadi penyanyi; 3. Mn bermaksud, berniat: tidak ~ hendak membalas perbuatan orang terhadapnya; mengangankan, mengangan-angankan 1. mencita-citakan, mengenang-ngenangkan, mengingini: gadis itulah yg diangan-angankan utk dijadikan isterinya; 2. membayangkan dlm fikiran, mengkhayalkan; terangan-angan 1. terfikir, terniat; 2. terbayang dlm fikiran, terlukis dlm khayalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fikir | 1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta ingatan(memory map) | 1. Susunan bentang ingatan sistem yang dibahagi-bahagikan kepada petak atau segmen tertentu. 2. Susunan semua peranti ingatan dan persisian sistem supaya dapat dialamatkan oleh sistem. | Kamus Komputer |
ingatan tambahan(add-in memory) | 1. Cip litar bersepadu peranti ingatan yang dimasukkan ke dalam sistem untuk menambahkan saiz ingatan utama sistem. 2. Pelbagai jenis peranti ingatan yang boleh digunakan untuk mengembangkan saiz ingatan asal sistem. | Kamus Komputer |
asalan(origin) | 1. Alamat ingatan mutlak bagi menempatkan kedudukan pertama sesuatu atur cara atau ruas atur cara dalam ingatan sebenar. 2. Kedudukan (0,0,0) yang dijadikan rujukan permulaan dalam sistem pemetaan berkoordinat. 3. Alamat mutlak yang dijadikan sumber rujukan alamat kedudukan lain dalam kawasan ingatan, bagi pengekodan relatif. | Kamus Komputer |
mamai | 1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dll), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dll): saya diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; 2. mimpi dan mengigau (dlm tidur); bermamai mengigau (dlm tidur), berkatakata dlm tidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |