gian | 1 cepat habis; banyak terpakai (spt minyak, sabun). 2 sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu; ketagih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gian | 1. cepat habis; banyak terpakai (spt minyak, sabun dsb). 2. sangat ingin akan sesuatu atau ingin membuat sesuatu; ketagih. | Kamus Pelajar |
tagih I | ; menagih berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. ketagih 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. 2 ingin atau suka benar akan sesuatu: Jika belum merokok, tak usahlah mencuba-cuba, nanti ~. ketagihan 1 dlm keadaan ketagih; menderita ketagih: Dia ~ dadah. 2 keadaan atau rasa ketagih akan sesuatu: Terlalu sukar utk mengatasi ~nya itu. penagihan perbuatan atau hal menagih. penagih orang yg menagih: ~ dadah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
haus I | 1. berasa kering tekak (ingin minum), dahaga: ia meminta air sebab tersangat ~; 2. = ~ akan (kpd) sangat ingin akan (kpd): saya ~ akan pengetahuan; anak kecil yg masih ~ kpd kemanjaan dan kemesraan ibu bapanya; ~ dahaga a) terlalu dahaga; b) terlalu ingin akan; orang ~ diberi air, orang lapar diberi nasi prb mendapat apa yg diingini; menghauskan 1. menyebabkan (menjadikan) haus; 2. sangat menginginkan, sangat berkehendakkan: kami sedang ~ penerangan dan pimpinan drpd pemimpin-pemimpin kami; kehausan 1. perihal haus (dahaga, menderita dahaga): masing-masing mahu memuaskan ~ dgn air di hadapan mata; 2. ki keinginan, kemahuan; 3. menderita atau berasa haus: mungkin dia akan mati ~ atau dibaham anjing liar; sekali sekala kedengaran suara lembu ~ dan kehabisan rumput di kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingin | berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu: Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ingin | berasa mahu atau hendak akan sesuatu: Kakak saya yg sedang hamil sangat ~ akan kedondong. mengingini mengharapkan benar-benar supaya tercapai atau mendapat sesuatu:Semua orang ~ kesenangan hidup. keinginan sesuatu yg diingini; kemahuan; harapan. | Kamus Pelajar |
ingin | berasa mahu, hendak akan sesuatu, berhasrat: sekarang ia ~ ketawa pula, ketawa sepuas-puasnya; saya ~ bertemu dengannya apabila ia datang nanti; ~ akan sate; ~ dibuah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menghendaki sesuatu yg agak susah didapati; ~ hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tiada prb ingin hendak membuat sesuatu pekerjaan tetapi alatnya atau wang tidak cukup; beringin berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; beringinkan berkehendak akan, berharap akan; mengingini, menginginkan 1. menghendaki, mengharapkan: semua manusia ~ kesenangan hidup; 2. mengidamkan: ~ buah-buahan yg masam-masam; memperingin, memperingini menaikkan hati (orang lain) supaya ingin akan sesuatu; teringin sudah berasa ingin: dia ~ hendak makan telur penyu; keinginan apa-apa yg diingini atau diinginkan, kehendak, kemahuan; berkeinginan mempunyai keinginan: lelaki yg ~ melamar, dibenarkan melihat gadis idamannya menerusi penghantaran wakil-wakil selaku perisik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengidam | 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketagih | 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. 2 ingin atau suka benar akan sesuatu: Jika belum merokok, tak usahlah mencuba-cuba, nanti ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
idam I | keinginan hendak makan sesuatu (terutama benda yg masam-masam) oleh perempuan yg hamil; mengidam 1. ingin benar hendak makan sesuatu (bkn perempuan yg hamil): tuan puteri itu sedang ~; 2. sangat ingin akan atau berkehendakkan sesuatu: dia sudah lama ~ utk tinggal di rumah banglo; mengidamkan, mengidam-idamkan 1. sangat ingin makan sesuatu: isterinya ~ buah mempelam; 2. sangat-sangat berharap mendapat sesuatu: ibunya ~ seorang menantu yg berjawatan tinggi; idaman, idam-idaman hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |