tagih II | ~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap rokok; menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu: Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt alkohol dan dadah; ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll); penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang; penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terliur | ingin benar akan sesuatu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketagih | ingin benar akan sesuatu. mengetagihkan menjadikan ketagih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terliur | ingin benar akan: aku ~ sungguh hendak makan asam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketagih | rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kempunan | 1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicari-kannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rindu I | 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu; merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga; rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan; merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menagih | berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkenal | bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketagih | 1 rasa ingin benar akan sesuatu: Dia minum kopi sepuas-puasnya utk menghilangkan ~nya. | Kamus Pelajar |