Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ni] | اين

Definisi : kata yg digunakan utk menunjuk waktu, tempat atau benda yg dekat: Binatang apa ~?. sekarang ~ pd masa sekarang; petang ~ petang nanti; ~ pula istimewa pula; lebih-lebih lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ini

Puisi
 

Halia ini tanam-tanaman,
     Di darat jua tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
     Akhirat jua akan sungguhnya.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(12)

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belakangan1 = ~ ini pd waktu yg akhir-akhir ini; baru-baru ini: ~ ini, banyak anak Melayu yg berminat utk berniaga. 2 kesudahannya; akhirnya: ~, ia mengaku bahawa dialah yg mengambil buku itu dr perpustakaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beginispt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelmarin1 dua hari sebelum hari ini: Hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa. 2 hari sebelum hari ini. 3 beberapa hari yg lalu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kinisekarang ini; masa ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berikut1 datang atau muncul sesudah ini; tsb di bawah ini: Nama-nama mereka yg lulus adalah spt yg ~. 2 berserta dgn; beriring dgn: ~ surat ini, saya kirim sebuah buku bacaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
esok/ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nilai1 taksiran harga sesuatu benda: Berapa ~ kereta ini? 2 harga sesuatu barang jika dibandingkan dgn harga barang lain: ~ ringgit Amerika pd masa ini kian merosot. 3 mutu; taraf: Buku ini sangat tinggi ~nya. ~ pH ist ukuran yg menunjukkan kealkalian atau keasidan sesuatu larutan (biasanya 7 utk neutral, kurang drpd 7, asid dan lebih drpd 7, alkali). ~ tara nilai pd nama atau pd perkataan saja (bkn duit dsb): Wang kertas seringgit ~ taranya bersamaan dgn 0.290299 gram emas tulen. bernilai mempunyai nilai; berharga: Barang-barang ini ~ 500/- ringgit. menilai me­nentukan nilai (harga sesuatu barang dsb); menaksir. ternilai dpt dinilai; dpt diberi harga: tidak ~ tidak dpt diberi harga. nilaian 1 harga; taksiran. 2 se­suatu yg dinilai; hasil menilai: Dosa ialah segala ~ keburukan. penilaian per­buatan atau hal menilai; penaksiran: Tiap-tiap orang membuat ~ yg berbeza. penilai orang yg menilai; penaksir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cocok1 kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2 sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3 tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4 serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5 betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocok­kan men­jadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikutturut serta; bersama-sama: Saya tidak dpt ~ hadir dlm majlis itu. ~ jam bergerak mengikut pusingan jarum jam. ~ suka melakukan sesuatu sekehendak hati. ~ telunjuk tidak berani membantah. berikut 1 datang atau muncul sesudah ini; tsb di bawah ini: Nama-nama mereka yg lulus adalah spt yg ~. 2 berserta dgn; beriring dgn: ~ surat ini, saya kirim sebuah buku bacaan. berikutan ekoran drpd; akibat drpd; selepas: ~ peristiwa mogok itu, beberapa orang pekerja telah ditahan. mengikut 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. ~ jejak meniru perbuatan orang yg terdahulu. mengikuti 1 mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2 turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3 memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat: Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. ikutan sesuatu yg diikut atau diikuti; contoh; teladan: Segala perbuatannya menjadi ~ anak-anak muda. pengikut 1 orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2 orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut: ~ agama Islam.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dunia1 alam yg kita duduki ini; bumi dan segala yg terdapat di permukaannya: ~ kita ini bulat. 2 manusia yg hidup di bumi: Seluruh ~ kagum dgn pengembaraan orang-orang Amerika ke bulan. 3 lapangan; bidang: Dia lebih terkenal dlm ~ sukan drpd dlm ~ perniagaan. 4 bahagian bumi (benua, negara dll): ~ barat sekarang ini lebih maju drpd ~ timur. 5 keadaan hidup; keadaan masyarakat: ~ sekarang sudah terbalik, lelaki berambut panjang dan perempuan berambut pendek. ~ akhirat di dunia dan di akhirat. ~ luar masyarakat atau negara luar. keduniaan segala yg berkaitan dgn dunia; perihal dunia: Janganlah berkhayal dgn ~ saja. sedunia seluruh (serata) dunia; mengenai negara-negara di seluruh dunia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas