get TAK(NOT gate) | Salah satu get asas dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK. Get ini hanya mempunyai satu input dan satu output. Output get ini merupakan songsangan nilai aras logik input. Jika input mempunyai aras logik 1, output akan menjadi 0 dan sebaliknya. | Kamus Komputer |
input/output | 1. Teknik, bahantara, dan peranti yang berkaitan dengan pertukaran data antara mesin dengan manusia. 2. Merujuk kemudahan yang ada pada sesuatu sistem bagi tujuan input, output, atau kedua-duanya sekali. Singkatan I/O. | Kamus Komputer |
terminal data(data terminal) | 1. Peranti yang mengubahsuaikan data untuk input dan output di antara peranti input-output komputer dengan sambungan talian penghantaran. 2. Peralatan yang membolehkan komputer menerima input data daripada pengguna atau yang boleh mempersembahkan data pada pengguna. | Kamus Komputer |
penyambung masuk(in connector) | 1. Palam yang digunakan untuk menyambung liang input komputer pada peranti input. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan titik masuk bagi carta alir. | Kamus Komputer |
bentuk bebas(free form) | 1. Pengimbas optik yang kendalian pengimbasannya dikawal oleh simbol yang dimasukkan oleh peranti input pada waktu input data. 2. Tindakan mewujudkan objek secara bebas. | Kamus Komputer |
input | 1 sumber yg diperlukan utk pengeluaran: Asas kemajuan ini terletak pd pengurusan tanah dan ~ lain. 2 sesuatu spt data yg dimasukkan ke dlm mesin atau sistem. 3 sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: Buku ini memberikan ~ yg penting, terutamanya dr segi ilmu kebahasaan. 4 ist daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap sesuatu litar, mesin dll. menginput memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: Pengguna juga bertanggungjawab ~ segala maklumat urusan. penginputan proses atau perbuatan menginput data, maklumat dsb ke dlm komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
input | 1. sumber yg diperlukan utk pengeluaran: ~ pengeluaran elektronik kebanyakannya diimport oleh Malaysia utk diproses; 2. (Komp) perisian atau data yg dibawa ke dlm sistem utk diproses; 3. sumber yg berupa maklumat, pengetahuan dsb yg berguna: sidang itu bertujuan memberikan ~ kpd penggiat teater; penceramah agama dr luar negara turut dijemput bagi membolehkan masyarakat Islam mendapat ~ yg lebih meluas; 4. (Fiz) daya penggerak atau isyarat yg dikenakan terhadap suatu litar, peranti atau mesin; menginput (Komp) memasukkan data, maklumat dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer; pengguna juga bertanggungjawab ~ data urusan melalui pangkalan data yg disediakan; penginputan (Komp) perihal menginput data dsb ke dlm komputer: ~ data ke dlm komputer sedang giat dijalankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
input | 1. Proses membawa perisian atau data dari luar ke dalam sistem. 2. Perisian atau data yang dibawa ke dalam sistem untuk diproses. Bandingkan output. | Kamus Komputer |
entri pembilang(counter entry) | 1. Data input yang digunakan oleh pembilang. 2. Tahap permulaan proses pembilangan. | Kamus Komputer |
penspulan(spooling) | 1. Proses yang membolehkan peranti input/output kelihatan seolah-olah bekerja serentak. Tindakan ini dilakukan oleh komputer dengan menerima input atau menghantar output melalui penimbal data. 2. Proses menyimpan data di dalam cakera atau pita untuk sementara waktu sehingga sistem sedia memprosesnya. Tindakan ini seolah-olah menggulung data di dalam pita magnet ke dalam gelendong. | Kamus Komputer |