insan | manusia: ~ kamil manusia yg sempurna (baik, bersih drpd noda dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
insan kamil | manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insan | Ar makhluk yg dicipta oleh Allah SWT yg tidak terlepas drpd kealpaan, manusia; ~ kamil manusia yg sempurna, iaitu Nabi Muhammad SAW; keinsanan kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
insan | manusia: ~ kamil manusia yg sempurna (baik, bersih drpd noda dsb). | Kamus Pelajar |
kamil | Ar ark sempurna, lengkap: insan ~; kekamilan perihal (sifat atau keadaan) kamil, kesempurnaan: kamu terlalu taasub kpd kemajuan sehingga terlupa pd ~ insan yg bersaudara denganmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejuruteraan insan(human engineering) | Lihat ergonomik. | Kamus Komputer |
khalifah Allah | setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbirkan dunia ini mengikut syariat Allah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kamil | sempurna, lengkap: insan ~. kekamilan sifat kamil; kesempurnaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berwawansabda | berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalifah Allah | setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |